Friday, January 26, 2007

Syaitan

SYAITAN:

Memula, sebab kenapa aku tampal tiket wayang aku ni adalah untuk membuktikan aku sudah menonton filem yang MAHA TIDAK SEDAP ini sebelum aku mengutuknya. Ya jagalah engkau wahai penerbit filem, pengarah, pembuat skrip, pelakon, dan sesiapa sahaja yang berkaitan dengan pembikinan filem SYAITAN ini.

Aku dapat tahu skrip filem ini dihasilkan dari idea skrip filem pendek selama 15minit yang dihasilkan oleh god knows who. sorry, aku tak kenal penulis-penulis skrip di Malaysia ini.

Aku memang kaki wayang, sebulan 3-4buah filem di tonton di pawagam adalah perkara biasa. Aku juga secara jujurnya jarang tengok filem melayu kerana hasilnya selalu mengecewakan. Lepas ni pengarah, penerbit filem melayu jangan lagi kutuk kaki wayang yang bias, yang hanya menonton filem luar sahaja, filem tempatan di anak tirikan ditepi tangga. Kamu layak mendapat layanan sebegitu dari kami, kaki wayang ini.

Filem tempatan pertama yang aku tonton di pawagam tahun 2007 ini adalah seed of darkness, menghampakan!! Filem tempatan kedua, aku tonton iaitu SYAITAN lebih menghampakan. 2 kali lebih menghampakan dari biasa.

Aku senaraikan kemenyampahan aku pada Syaitan oh diulangi sekali lagi, tenaga kerja SYAITAN, kamu tidak boleh membenci aku kerana aku sudah menonton dan rasanya satu panggung dilanda kebosanan. REFUND BALIK RM10.00 aku wei!! membazir waktu aku sahaja. Kalau ada orang nak bagi cd haram SYAITAN untuk ditonton pun, aku nasihatkan janganlah tonton. Membazir....

1. Skrip longgar, terencat akal.
- kisah dimulakan dengan si Saad pegang pisau berdarah, lepas tu orang ramai datang tumbangkan dia. Sampai akhir, aku tidak nampak kaitan dengan cerita di babak-babak lain. Kerana, ikut cerita seterusnya.. Saad upah seorang manusia lain untuk membunuh si Muslim.

- Apa kaitan kelibat orang dalam rumah pada memula Muslim dan Dalila pindah masuk kerumah baru mereka?

- Kawasan perumahan sikit punya elit, tapi dikhabarkan, Muslim dan Dalila adalah orang pertama yang pindah kesitu. Siap ada jaga pula tu. Logik ke? logik ke?

- Aku tak nampak pula kaitan anak terencat akal tu dengan si Dalila. Anak terencat tu takut dan nak marah bila tengok Dalila. Soalnya kenapa? Di sepanjang aku terdera satu jam lebih menonton, aku tak nampak scene si Dalila jumpa dengan Saad merancang benda-benda negatif sambil dilihat oleh anak terencat akal si jaga tu?

- Si isteri tukang yang kena upah untuk membunuh tu, apa jadah pergi jumpa muslim minta maaf? siap nangis2?

- KENAPA SAAD DIGAMBARKAN SEBAGAI ORANG WARAK, PAKAI KUPIAH, PAKAI CELAK. kamu hendak simbolikkan lelaki warak pun ada syaitan jugak dalam hati? well, nonsense..merendahkan martabat orang warak-warak sahaja.

- Kata Dalila kena kahwin paksa, tiada satu pun dalam scene yang menunjukkan Dalila memberontak taknak kahwin.

2. Filem budget murah ke?
- Rumah dibina dalam studio, Walla memang nampak sangat rumah buatan. Diwaktu Muslim menghempas pintu tandas.. sekali hempas sahaja dah bergegar satu rumah.

- Pelakon ada berapa kerat sahaja? Tak ada pelakon pembantu yang muncul sekali sekala pun. Aku nampak Rosham Noor, Lisdawati, Spark (spark dalam remp-it,aku tatau nama dia), anak terencat, Doktor ( seorang je doktor yang sama even kat klinik mana-mana).

3. Muzik latar yang tidak kena tempat. Apa pasal muzik dari awal hingga akhir muzik konon berdebar macam cerita hantu? sedangkan tak kena langsung

4. Cerita thriller???
Pada aku, ini bukan cerita thriller, ini cerita bosan gile.

5. Rosham Noor dan Lisdawati, tak masyuk a gandingan kamu berdua. Rosham dah nampak tua sesangat, kalau nak gandingkan juga dengan Lisdawati at least jangan buat macam pasangan baru kahwin. Tak sesuai. Rosham tak sesuai berlakon jadi orang umur 20-an la. Kalau letak satu anak ok juga.

6. Lisdawati. Berlakon cam kayu jati?? Suara lemah lembut yang dituturkan tu tak kena masa. Time sepatutnya angin pun suara lembik lagi. Konon ikut skrip jadi isteri yang baik ke? Walla, tak sesuai. Tak kena la asyik lembik manjang. memberontak sampai nak bunuh laki boleh, tapi cakap lembik cam tak cukup makan nasi???

7. KALAU ADA SISTEM REFUND sila la refund masa aku yang terbuang. Kalau movie ni success memang sah rakyat malaysia buta seni

8. Low classssssssssssssss

4 comments:

bicaraskrip said...

hi dear!

jawapan posting ko nih ada kt blog aku & fadz.. hihihi..

fadz:
http://tontonfilem.blog-city.com/setan.htm

ajami:
http://bicaraskrip.blogspot.com/2007/01/syaitan-malaysia2007-apa-yg-suspen-apa.html

Brown said...

kenape anda tengok wayang?????

kenape anda komen filen setan?????

kenape komen-komen tue banyak yang negatif...???

ezza erisa said...

erk kenapa saya komen negatif? sebab bagi saya cerita setan tu rubbish...saya ada hak untuk komen pasal saya dah tgk..hhehehe

fida said...

Ahahahaha... bagus la.. nnti blh la aku tepek kat blog aku plak ye?
Aku kopi pasta je lah sbb aku mls nk menaip.. ngehehehe!