Monday, January 29, 2007

Death Note the Last Name

Berikutan kejayaan besar filem pertama yang di filemkan dari anime 'Death Note' maka muncullah Death Note the Last Name ni.Aku sendiri menunggu lama sejak dari bulan November 2006 untuk menonton sambungan dari Death Note ini.



Dengar khabar-khabar angin, Death Note akan di inggeriskan berikutan sambutan hangat akan versi Japan ini. Apa yang paling aku suka pasal Death Note ialah walaupun di klasifikasikan sebagai seram, tapi sebenarnya kelakar. Terutama si Ryuk..setiap kali dia muncul aku terasa kelakar manjang. Gelagat dia selamba even sepatutnya dengan nama 'Tuhan Kematian' dan juga wajahnya memang menggerikan. Tapi Ryuk, pinggang kamu ramping siotttt...


Cerita dimulai dengan pengkebumian teman wanita Light yang mati dibunuh oleh Kira. Erm, Light adalah kira. Kira adalah watak alter ego si Light yang konon niatnya mahu membersihkan dunia dari jenayah tapi sedara luar sedar dia sebenarnya dah jadi penjenayah pun dengan berusaha membunuh orang-orang yang menyiasat siapakah Kira.


Kemudian muncul pula Kira ke dua yang turut mendapat buku Death Note dari Tuhan Kematian yang lain, Rem. Tapi Rem tak macam Ryuk..Rem tak kelakarrrrrrr... hahah. Kira ke dua adalah seorang pelakon yang bernama Misa. Boleh tahan ganas, dapat je buku Death Note, terus membunuh. Misa, gothic siot. Tapi cantik!


Berbanding filem pertama, filem ke dua ni selow sikit. Tapi aku suka penampilan si L. Cara pegang handphone, cara pegang sudu, duduk mencangkung memanjang.


Sebenarnya aku duduk seat ke dua kebelakang, aku harus mengakui penglihatan aku semakin tak baik. Mungkin moralnya aku kena pakai cermin mata lain kali untuk melihat filem di pawagam. Aku jadi tak faham sangat sebab aku tak nampak, subtitle dia pun satu hal kaler putih...kalau kebetulan latar belakang putih tak nampak. Subtitle english pulak dibawah sekali, which is aku tak nampak jugak pasal kepala orang depan aku maha tinggi.


Apapun keseluruhannya aku suka cerita Death Note ini. Aku puas hati juga dengan endingnya dimana Kira / Light mati. Tapi semua orang tak tahu Light itu adalah Kira. Yang diberitakan kepada orang ramai adalah Light mati dibunuh Kira.

Yang paling tak best, L pun mati juga. Demi menyelesaikan kes ini, L sanggup berkorban nyawa. Oh sadisnya. Mungkinkah ini filem terakhir Death Note? I gonna miss Ryuk so much..

Aku bagi rate 4 out of 5 star.. Pasal aku suka Death Note...:D

0 comments: