Friday, January 26, 2007


Cinta

Apa makna sebenar cinta?

Minggu lepas, semasa di KLCC, aku menonton wayang Seed of Darkness. Aku masuk awal (tidaklah awal sangat cuma masa tu lampu belum dipadamkan). Kebetulan tempat duduk sebelah pasangan MELAYU. Semasa aku masuk nak lalu diaorang tu, kepala perempuan dah senget dah ke bahu teman lelakinya. Macam tak ada tulang leher. (Oh aku katakan teman lelaki kerana selalunya kalau dah sah, dah boleh merenyam kat bilik tidur sendiri kat rumah, diaorang tak merenyam kat depan orang, dikhalayak ramai)

Aku ambil tempat duduk, senget semakin menjadi-jadi. Nota tengah jalan: lampu belum padam lagi ni. Aku sempatlah mengeluarkan ayat laser sedikit; harap-harap awek dia yang duk sebelah dia tu dengar lah ‘LAMPU BELUM OFF, MAKSIAT DAH ON KE?’ tapi macam biasa, bila dilambung ombak berkasih sayang, bukan nak dengar teguran orang.

Bila wayang SEED OF DARKNESS bermula. Pencarian dalam gelap pasangan sebelah aku pun bermula. Malas nak cerita secara terperinci, raba-raba? Cium-cium? Lantak.. Tegur karang silap-silap aku kena penerajang.

Situasi di atas adalah salah satu contoh keruntuhan moral masyarakat melayu kita. Adalah perasaan cinta bermakna menghalalkan apa-apa yang terlarang? Adalah cinta bererti perhubungan seks bebas diluar perkahwinan? Adakah cinta ertinya bebas berkelakuan sumbang di hadapan orang? Adakah dengan pernyataan ‘aku memang cinta padamu’ bererti bebas berkelakuan sesuka hati? Bunyinya menarik, terasa-rasa macam duk America pulak.

Mungkin inilah maknanya cinta bagi umat Islam masa kini.

0 comments: