Monday, December 31, 2007

Selamat Meninggalkan 2007

Aku baru menggunakan pass percuma untuk menonton The Golden Compass yang aku canang-canang dalam entry aku sebelum ini. Sungguh kelambatan. Hampir sahaja tayangannya tamat. Baru sempat menonton. Bulan November dan Disember tahun ini merupakan bulan yang ‘hectic’. Sungguh banyak perkara harus diuruskan sehingga tidak ada masa untuk ke panggung.

Mujur sahaja aku menonton The Golden Compass secara percuma. Kalau berbayar, mahu sahaja aku kutuk ia penuh perasaan. Dari awal, sampai ke sudah, tidak faham. Apa itu Dust? Kenapa ada demon? Kenapa perempuan bernama Nicole Kidman itu jahat? Mungkin mereka hendak menarik minat orang untuk menonton filem susulannya, tetapi kalau sudah dari awal lagi tidak faham...nak menonton filem sambungan pun tidak berminat. Aku pula bukan pembaca novel. Walaupun The Golden Compass adalah hasil dari novel, kalau aku tak baca, manakan aku faham jalan ceritanya. Sudahnya aku terdera. Pening tau!

Oh, sebelum aku masuk menonton The Golden Compass aku terpaksa beratur (beratus) di dalam barisan yang panjang di GSC Midvalley itu. Silap aku juga kerana tidak membuat tempahan. Heh, aku ingat dengan pass itu, aku boleh menuju ke kaunter tempahan. Rupanya tak boleh. Berada di dalam barisan yang panjang, buat aku rasa rimas. Tambah rimas dengan gelagat anak muda kota raya yang lagaknya macam tak ingat dunia. Tambah memualkan apabila mata aku disajikan dengan pemandangan umat akhir zaman iaitu berpeluk-pelukkan macam neraka dia yang punya.

Memalukan sungguh. Kenapa? Sebab dibelakang anak-anak muda pasangan muda-mudi melayu yang enak asyik berpeluk (tak kisah beratus panjang, lagi lama dalam barisan lagi syok la kut), di ikuti oleh satu pasangan India (kekasih la kut, takkan abang adik pula). Tidak pula berpeluk peluk sakan. Membuatkan aku terfikir, siapa sebenarnya yang Islam neh? Yang peliknya, pasangan-pasangan terlampau romantis ini selalunya bukan suami isteri. Sebab selalunya kalau yang dah siap tangan kadi ni, dia tak pula berpeluk-peluk menunjukkan kemesraan depan-depan khalayak ramai.

Ok, habis episod satu. Pada hari ahad pula, aku membaca surat khabar hiburan sisipan. Entah Mingguan, entahkan Berita Minggu. Kurang ingat. Aku terbaca mengenai perasmian sebuah filem baru yang dibintangi oleh Yasin, Nur Fazura dan Rita Rudaini bertajuk ‘Kantoi’. Sungguh naïf plot filem itu. (Kalau dah semasa perasmian pun, dah ada yang mengutuk, mungkinkah filem ini akan mendapat kutipan 3-4 juta?)

Plotnya mengenai, seorang warganegara di curi dompetnya. Lalu pergi ke kawasan penempatan buruh Indonesia untuk mendapatkan dompetnya semula. sang buruh Indonesia enggan memberinya, (di dalamnya ada MyKad), Semasa itu juga, pihak polis (erk pelik, bukan pihak immigresen ke) menyerbu. Sang warganegara di tangkap dan dihantar ke Depoh Tahanan untuk dihantar pulang ke negara asal. Sementara buruh Indonesia yang mencuri MyKadnya dilepaskan kerana mempunyai MyKad.

Sungguh, merendahkan IQ pihak pemerintah sahaja langkahnya. Gambar dalam MyKad bagaimana? Kalau dah Sang Warganegara mengatakan dia adalah warganegara, kenapa tidak pula di uji cap ibujarinya?

Aduh, sungguh daif plot filem ini.

SELAMAT MENINGGALKAN 2007. Apakah pencapaian anda pada tahun ini?

Talian Nur 15999 Tidak Percuma

Banyak tiang-tiang di Jalan Bangsar yang memaparkan Talian Nur 15999 untuk dihubungi untuk membuat aduan, laporan dan pertanyaan. Aku menyokong penuh kehadiran talian Nur walaupun tidak nampak apa-apa yang kesan besar dari kemunculannya.

Apapun aku hanya ada satu soalan yang berlegar-legar di fikiran aku. Setahu aku lima nombor digunakan dalam talian ini. Aku berpendapat untuk senang diingati. Kemudian aku terfikir lagi, betul ke pendapat aku itu? Kerana setahu aku, talian lima nombor ini selalunya digunakan oleh rancangan-rancangan realiti televisyen dan cajnya kadangkala tidak masuk dek akal.

Setelah bertanya pakcik google, maka tahulah aku...Talian Nur tidak percuma. Empat sen seminit di caj untuk panggilan ke 15999. Pelik pula aku. Kenapa tidak sahaja digunakan talian tol percuma 1-800? Alangkan banyak syarikat-syarikat besar menggunakan talian tol percuma, kenapa tidak panggilan Nur? Ya panggilan talian Nur bukan mahal. 4 sen seminit sahaja. Tetapi...melihat kepada perutusan suratkhabar (press statement), talian Nur di buka untuk membantu meringankan beban warga tua, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak, ibu tunggal dan keluarga miskin yang sememangnya wajar mendapat pembelaan, terutama pada waktu kecemasan. Jadi, kenapa dan mengapa seharusnya talian yang merupakan panggilan sepenting itu dikenakan sebarang caj?

Sungguh, aku masih tertanya-tanya.

Friday, December 28, 2007

Memorial Untuk Tsunami?



Agreed 100%. Dari membazir buat memorial peringatan untuk mengingatkan tsunami, ada baiknya duit 2juta tu di beri kepada mangsa tsunami itu sendiri. Boleh juga buat beli kereta baru.


Posted by Picasa

Thursday, December 27, 2007

Maka Bandaraya Kuala Terengganu Namanya

Tidak pasti samada aku harus berbangga atau aku harus berduka dengan kemasyhuran bandaraya Kuala Terengganu dengan rasminya pada selasa depan bersamaan dengan 1 Januari itu. Ada banyak sebab kenapa aku harus memandang sinis akan penjenamaan Bandaraya Kuala Terengganu itu yang bagi aku hanya helah memancing undi

7 sebab kenapa saya rasa sinis akan bandaraya Kuala Terengganu

1. Demi untuk mengangkat Kuala Terengganu sebagai bandaraya, dan kerana kutipan cukai belumpun mencapai 80juta setahun dengan jumlah penduduk juga kurang dari 500ribu orang, maka Kuala Terengganu diangkat menjadi bandaraya konsep. Bandaraya Persisiran. Bandaraya konsep itu kononnya jalan merintis untuk jadi bandaraya sebenarlah.

2. Kuala Terengganu menjadi bandaraya dengan adanya Mc Donald di stesen bas yang selama ini penuh dengan mek mek selenger yang macam baru masuk bandar, baru ada Giant yang gigih nak bersaing dengan Maidin Mall lalu membangunkan kedai betul betul di tepi Maidin.

3. Adakah penjenamaan bandaraya pada 1 Jan untuk meraih undi? Maksudnya, wah BN memerintah 4tahun terus jadi bandaraya? Terus kuala terengganu maju, padahal tak ada apa yang berubah sangat sejak 10tahun dulu. Kalau adapun cuma aliran trafik yang ermm...bagi aku dah pening sebab dah tak tahu jalan mana boleh lalu, jalan mana tak boleh lalu.

4. Jalanraya sedia ke menjadi bandaraya? Maksudnya, setiap kali musim raya..kesesakan tak habis-habis dibandaraya Kuala Terengganu itu. Oh pengangkutan awam pun sama. Masih digunakan bas-bas yang hendak roboh itu. Maka tak ke mencemar imej bandaraya?

5. Dengan adanya masjid replika kristal tu dah boleh angkat jadi bandaraya ke?

6. Penduduk ramai lagi yang miskin, nak pergi shopping pun berkira duit di poket. Apa ertinya bandaraya apabila penduduk makin di tindas dengan kenaikan semua harga akibat penjenamaan itu?

7. Oh sebab paling akhir ialah kerana budget UNTUK PERASMIAN BANDARAYA KUALA TERENGGANU menjangkau sehingga RM4 juta. Banyak tu. Semata-mata untuk perasmian. Berapa banyak bunga api nak dipancarkan ke udara agaknya?

Apapun, tahniah warga Kuala Terengganu. Akhirnya sudah bergelar bandaraya. Sepertimana aku hairan dengan Shah Alam yang tidak ada hospital itu boleh menjadi Bandaraya, begitu jugalah aku hairan dengan Bandaraya Kuala Terengganu. Semoga Terengganu terus maju.

Di Hari Aku Merasa Jengkel

Untuk memulakan perbualan dengan aku di YM tidaklah sesusah mana. Aku selalunya bersikap terbuka. Samada anda di sebelah sana seorang perempuan atau seorang lelaki, seorang pelajar, seorang pekerja, asalkan jangan mulakan dengan soalan yang menjengkelkan, maka sessi berkenalan akan berjalan lancar. Lagipun kalau aku nak menyombong, aku tak paparkan Yahoo ID dan aku tidaklah pula memasang perisian yahoo messenger di komputer aku. Hahaha.

Si Miss_Gerek dibawah ini memulakan soalan, "awak sapa, add saya neh?". Sesuatu yang aku jarang buat. Selalunya apabila menerima permintaan barulah aku akan add.

Tambah menjengkelkan si miss yang claim dirinya 'gerek' ini (gerek ni kalau yang tak tahu, maksudnya bagus) agak selenger sedikit. Apabila aku yang berID kan "ezza016" dengan screen name ezza erisa ini, di soal "awak ni lelaki ke perempuan?". Aduh mahu sahaja aku terajang otak kirinya kalau di depan mata.
1. Kebodohan yang nyata. Ada ke lelaki pakai nama ezza erisa? Pondan mungkin ler.
2. Kalau lelaki, tentu kau fikir dia nak ngorat kau ke? Miss Perasan Gerek?


Sudahnya. aku print screenkan screen aku, menandakan aku belum add dia. Dia sahaja yang add aku.




Sepertimana di jangka, si perasaan gerek ini tidak pandai membaca screen yang tertulis "add miss_gerek to your list" ini. Masih menekankan yang aku ini yang add dia. Sudahnya, aku keluarkan ayat-ayat sakastic aku. Yang jarang aku gunakan. Dan sudahnya, aku siap masukkan dia dalam list ignore aku. Moralnya, aku taknak berkawan dengan silambam. Yang apabila ditunjukkan bukti dia yang add aku dulu, masih nak menegakkan tali kasut basah dengan mengatakan aku yang add dia dulu. Apa otak kiri kau rosak ke?

Oh dia tak salah apapun rasanya, cuma apabila soalan bodoh ditanya pada waktu yang salah, maka beginilah hasilnya. Yang lain jangan tetakut nak tegur aku, ini cuma contoh jangan mula tegur aku dengan soalan maha bodoh. Terima kasih.


Posted by Picasa

Wednesday, December 26, 2007

Balik Beraya Aidiladha

Bertolak pukul 4.30pagi. Macam biasa. Perjalanan agak lancar. Dan sejuk segar udaranya. Lama betul perjalanan hari itu. Penat kaki memotong. Penat juga menunggu rakan konvoi yang tercicir di belakang.. :P. Oh...gambar dibawah ni, aku nak mengutuk secara ciskeknya akan si Perdana depan tu. Ada satu bottleneck, jalan rosak. bergilir-gilir.

(Manjang ada kejadian orang bangang tak tahu adat bottleneck neh..walaupun kereta besar. Mungkin otaknya macam otak lembu. Besar juga tetapi tidak berguna.)
Muncung kereta aku dah ke depan, elok sahaja lagi himpit nak masuk depan aku. Apabila aku hon, dia hon aku balik. Kemudian aku tambah hon selama 2minit tanpa henti. Heh, alang-alang hon aku dah kuat. Apa salah guna pakai pada si otak lembu. Aku perasan, dia berhenti hon dahulu. Malu ke? Ingat hon kancil tak kuat ke? Tak sia-sia aku tukar hon sebelum balik raya, ada juga faedahnya. kekeke




Hari ketiga, pagi, pergi berkelah di Pantai Benting Lintang. Pemandangan pantai sepi di Besut perkara biasa. Orang besut dah tak hairan dengan pantai, sebab mudah di dapati. Tidak seperti hari minggu di Port Dickson yang penuh dengan orang Kuala Lumpur yang kempunan air laut. Aku macam biasalah, hobi utama kalau balik kampung ke Pantai. Tak sah kalau balik tak melepak di tepi 2-3pantai..

Hari ke empat hujan. Sejuk.




Petang Sabtu, aku ke Pantai Dendong pula. Berhampiran dengan tapak projek Universiti Darul Iman. Ini pun satu hal juga, tak ada satu orang pun. Punyalah orang Besut dah tak hairan dengan Pantai. Hahaha.

Oh, ini pula Mr. Alif Aiman bergambar di tepi projek sainsnya. Air dari botol satu, masuk ke botol dua. Air dari botol dua, mengalir keluar ke dawai pagar.




Mr Alif Aiman lagi, bergambar di tepi pokok serai. Kalau ada yang tak kenal rumpun serai lah.




Ini pula Puan Beruk bersama anaknya. Puan Beruk ini kepunyaan jiran aku. Aku geram betul tengok anak dia. Kecil. Tapi manjang melekat dengan Puan Beruk. Kalau anak dia jalan jauh sikit, mula la kena pulas telinga dek Puan Beruk.





Hari balik, macam yang dijangka, akibat penutupan jalan-jalan Kelantan - Kuala Lumpur, jalan Kuala Terengganu - Kuala Lumpur menjadi pilihan utama. Sesak tu tidaklah, tetapi banyaknya kereta tu boleh tahan. 9 jam perjalanan tuh! Walaupun begitu, macam biasalah, aku tak lepas dari jadi kaki pemotong kereta. Satu-satunya kelebihan berkereta kecil. Senang nak memotong, senang nak menyelit masuk.


Gambar kat bawah bukti akan ketensionan aku. Nak isi minyak kat Petronas LPT pun terpaksa beratur (beratus) panjang.



Dalam perjalanan berkabus di LPT, ada juga lori yang had limit kelajuannya ialah 90kmj berada di lorong kanan. Lorong laju. Kalau aku sudah memandu 120kmj (yang sudah melebihi 10kmj had dibenarkan, maka lori ini membuat kesalahan 3 kali ganda dari aku!) Sudahlah berlagak, berasa lorinya begitu laju sekali untuk terus berada di lorong kanan walaupun tiada kenderaan di lorong kiri.




Dah sampai rumah pukul 9malam, kononnya berkejar nak tengok Ghost Whisperer pukul 9.30malam, di hampakan oleh tayangan Space Cowboys semperna hari Christmas. Ayu pula berkejar ke katil. Penat betul dia. Bak kata seorang kawan, macam dia pula yang memandu.






Posted by Picasa

Monday, December 17, 2007

Jawapan Seorang Kaki Wayang

Aku terbaca artikel ini dalam surat khabar sisipan Berita Minggu semalam. Tulisan entah siapa tah, yang aku rasa tak cukup buat research. Sekadar nak memenuhi kolum dan merasa hebat dengan tulisannya. Aku rasa nak tergelak, dengan beberapa cadangan atau ulasannya yang sungguh sungguh menyedihkan. Sungguh. Maaflah encik wartawan. Saya seorang kaki wayang, cadangan encik wartawan sungguh daif.




Berapa cukai hiburan untuk filem import hendak di letakkan untuk setiap tiket? RM5.00? Cuba bandingkan antara filem Nana Tanjung yang tiketnya berharga RM10.00 dengan filem Enchanted yang mungkin tiketnya berharga RM15.00. Adakah audien akan memilih Nana Tanjung? Kalau tiket filem import naik menjadi sehingga RM20.00 sekeping, jawapannya mudah. Filem tempatan lagi cepat mati. Sebab audien akan pergi tengok filem import yang menarik seterusnya tidak cukup duit pula nak menonton filem tempatan. Audien bukan ke panggung wayang untuk menonton filem yang tiketnya lebih murah, audien ke panggung untuk menonton filem yang dipilih siap-siap dari rumah.

Buktinya pada malam Rabu, ada panggung wayang yang merendahkan harga tiket sehingga RM5.00. Adakah beratur orang pergi tengok filem Melayu masa tu dengan harga tiket yang murah. Tidak..tidak. Kalau harga tiket filem Melayu seringgit pun, kalau karyanya tahap sampah, tak ada yang melihatnya. Buktinya, ada filem melayu yang di bawa ke kaca TV tak dapat rating tinggi pun. Aku bukan penegak filem import, tapi cadangan Encik Wartawan sungguh rubbish.




Ok ini satu lagi buat aku terguling gelak. Babun pun tak guling macam aku tau. Gila wartawan ini psiko, siap kira berapa kali adegan cium dalam filem Click disiarkan. Dan untuk pengetahuan encik wartawan, kalau audien nak filem berbabak seks, audien tak pergi menonton dalam panggung beramai-ramai dengan orang lain. Audien akan download filem porno yang berlambak, percuma di internet. Setakat satu ciuman di wayang, tidak memberi impact kepada jualan tiket lah.


Filem 'Jangan Pandang Belakang' tiada unsur seks, tapi tetap laris di pawagam. Filem Sembilu laris. Adakah ini kerana mereka sajikan adegan cium sampai orang pergi tengok filem tu? Tidak. tidak sama sekali.

Tabii audien yang mana suka kepada rencah seksualiti dalam filem di panggung? Audien itu mungkin kamu. Kerana aku kaki wayang ini, tidak pernah pergi menonton wayang untuk tengok pelakon bercium. (Kalau audien remaja bercium sesama sendiri dalam wayang tu kira tarikan rencah seksualiti filem juga ke)

Kepada wartawan ini, saya minta maaf. Sila pandang dunia dari pandangan global. Kalau Malaysia boleh hasilkan filem yang beruntungan RM7 juta ringgit, tanpa sekatan atau menaikkan duti import, maknanya audien kita selektif dan bijak memilih filem untuk hiburan mereka.

Sekian
Posted by Picasa

Rancangan Hujung Minggu

Ok, mula-mula sekali, minta maaflah. Aku memang tak puas hati dengan rancangan TV hujung minggu pada minggu ini.

1. Anugerah Skrin

Aku tak tengok dengan bersungguh-sungguhpun sebenarnya sebab ada pertembungan dengan episod akhir ‘Couple or Trouble’ (drama Korea), dan disusuli dengan Top 20 performance One in A Million.

Tetapi sewaktu iklan, sempatlah juga aku membelek ke siaran Anugerah Skrreeen ini. Kenapa aku rasa kebanyakkan yang hadir adalah penjenayah fesyen? Diorang ni kira asal dapat baju sponsor semua dah cukup bagus ke?

Ini setakat yang aku tengok, sebelum OIAM bermula. Lepas tu aku fed-up.

Raja Azura – baju biru dengan reben besar di bahu kiri. Kau pernah tengok rancangan E! tajuk dia ’40 ‘more’ crimes of fashion 2007’ tak? Jenis reben yang sama, tersalut di bahu Jenifer Hudson telah termasuk dalam senarai tersebut. Apa yang membuatkan kau rasa ianya cantik di bahu kamu?



Ning Baizura – waktu persembahan dengan Niki. Lengan baju kembang, macam baju clown



Niki – masa persembahan of course dengan mentor dia si Ning. Pakai baju ketat ala-ala gaun, dua tone warna pula tu. Disudahi dengan baju yang sesuai jadi gaun tu..pendek kat paras paha. What was you thinking girl??



Fara Fauzana – pakai baju kembang. Jab aku rasa ada gambar dia aku snap. Sebab rasa nak terguling gelak. Bawah bajunya kembang macam adeiii..huduh tahap babun. Sesuai sangat baju tu..pakai dengan lengan baju ning baizura. Hadiah bagi kat clown kat sarkas.




Fauziah Ahmad Daud – Kotya nak berfesyen bertudung takpayah lah buat cam kepala tu herot pula. Dah macam gaya-gaya kepala makhluk asing pula aku tengok. Huduh benor fesyen tudung kamu.



Artis gangstarz – Tak tahulah sapa, mendua ke mentiga ke..de empat ke..de lima ke. Awek tu dahlah pakai seksi...pehtu....ikat reben besar pula kat pinggang. Kau nak cepat sangat ke? Tak sempat beli tali pinggang?



Oh sorang lagi Faizal Tahir - kau nak jadi darthvader ke apa nyanyi pakai baju hujan tutup muka?

Sampai situ je. Aku tak sanggup tengok.Update gambar, kredit kepada saudara Minaq Jingga. Aku curi gambar dia. Hee

2. Asian Idol Performance

Sangat menarik. Seperti yang aku jangkakan saingan sangat sengit. Tengok Jac macam tak berikan sepenuh perhatian. Rupanya dia sakit tekak selsema. Tak apalah. Aku benci tiap kali Indonesia naik ke pentas, sorak gila kuat. Padahal suara biasa je. Sedap lagi suara Mau Marcello dari Philippines.

Suara India Idol pula memang sesuai nyanyi lagu Hindi. Lagu English tak sedap. Mungkin lepas ni dia akan jadi penyanyi untuk filem-filem bollywood pula. Kekadang aku tengok muka dia ada ala-ala Yusry KRU pula.

3. Asian Idol Result

Banyak idol-idol datang. American Idol pun ada. Terpegun dengan persembahan Siu Black dan idol dari Vietnam. Serta Alicia Chinai dengan lagu Made in India.

Ramai jangkakan kemenangan dapat dek Indonesia. Aku pun sama. Sebab maklumlah, negara lain mungkin tak bagi sepenuh perhatian pada acara ini. Alangkah kat Malaysia sendiri acara ni macam suam-suam kuku ramai orang tak tahu. Akhirnya dapat dek Singapore Idol. Hady Mirza yang ada iras-iras rupa Ariel Peterpan.

Walaupun Jac tak menang. Aku tetap suka sebab Indonesia tak menang. hahhahaha


Posted by Picasa

Promosi Percuma

Promosi percuma ini khasnya untuk fanatik kuning, BERSIH, DIGI. Dan terutamanya Shell. Sebab cawan ini datang percuma dengan pembelian minyak hitam di rangkaian kedai-kedai yang menjual minyak hitam. Saksikan alam magik ini. BERSIH mungkin boleh pakat beli cawan ini kerana ianya sesuai dengan tema anda. Menghapuskan kegelapan.

Sekarang Hitam.




Proses transformasi



Sekarang KUNING! Yay Shell, Yay DIGI, Yay Bersih.


Posted by Picasa

Tuesday, December 11, 2007

Jelapang Berdarah Lagi

11 Disember, 2007 10:17 AM

Tujuh Maut, 28 Cedera, Empat Parah, Bas Persiaran Rempuh Lori Tangki

IPOH, 11 Dis (Bernama) -- Tujuh maut manakala 28 lagi cedera dengan empat daripadanya parah apabila sebuah bas persiaran merempuh belakang sebuah lori tangki yang membawa muatan kimia di Plaza Tol Jelapang (menghala ke selatan) pada awal pagi ini.

Jurucakap polis berkata, enam orang termasuk pemandu dan pembantu pemandu bas persiaran itu maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia di Hospital Ipoh.

Ketika kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 5 pagi ini, bas tersebut yang dalam perjalanan dari Kubang Pasu, Kedah menuju ke Cameron Highlands, merempuh lori tangki itu semasa lori tersebut berhenti membayar tol di plaza berkenaan, katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai akibat brek bas persiaran itu gagal berfungsi ketika menuruni laluan berbukit berhampiran plaza tol maut tersebut.

Kesemua mangsa yang terlibat telah dibawa ke Hospital Ipoh, katanya.

Katanya bas yang membawa rombongan wanita Umno itu seramai 35 orang termasuk pemandu dan pembantu pemandu dipercayai bertolak dari Kubang Pasu pada pukul 12 tengah malam tadi.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu dijangka melawat tempat kejadian itu hari ini.

-- BERNAMA

------------------------------------------------------
Bas masih degil. Taknak check kenderaan sebelum berlepas. Dah nampak macam-macam jenis amaran semasa menghampiri jalan tu, takkan tak reti-reti nak perlahankan kenderaan.
Tol Jelapang masih di situ. Dah berapa banyak kematian. Takkan semuanya salah pemandu?

AD Resort



Aku suka AD Resort yang lawa. Walaupun AD Resort versi standard tak lawa langsung, tapi kalau dah di touch up memang amatlah lawa. AD Resort yang kat belakang aku ni warna kuning, belakang memang cantik. Tapi dah aku terpotong dia, tak bolehla aku tangkap gambar bontot kereta dia (erk..dahla hobi aku snap gambar belakang kereta). Terpaksalah juga aku ambil gambar dia dari cermin sisi aku sahaja. Cantik sangat. Oh jangan amalkan, payah siot nak tangkap gambar dari dalam cermin sisi sambil memandu



Posted by Picasa

Manjang Demontrasi, Bosan Tau??



Masalah aku kebelakangan ini ialah demonstrasi jalanan.

Ok..sepanjang dua bulan ni....dah 3 demo ke udara di bandaraya Kuala Lumpur. Bagi pendemo-demo yang datang hanya sekali (setiap demo dianjurkan oleh pihak berlainan yang membawa kepada pendemo yang berlainan) ia tidak menjadi masalah. Ialah, bukan selalu datang berarak. Dan dalam masa terdekat ini, nampaknya dengar-dengar khabar internet, ada 2-3 demo lagi yang bakal menyusul.

Bagi penduduk Kuala Lumpur yang menggunakan hujung minggu mereka untuk membeli belah, merayap ke sana ke mari, aku tidak merasa bebas. Akhirnya sudah 4 minggu, di ulangi 4 minggu, aku berhujung minggu di rumah tanpa keluar merayap. Paling jauh aku pergi pun, setakat membeli belah di pasaraya Carrefour. Perancangan-perancangan lain yang aku buat untuk keluar (maaf kepada kawan-kawan yang aku berjanji nak keluar tu), aku terpaksa batalkan. Tempat-tempat yang aku nak pergi semua berada di dalam lingkungan kawasan perarakan. Aku taknak berada ditempat yang salah pada masa yang salah.

Bagi yang tinggal di Kuala Lumpur, perarakan-perarakan ini benar-benar menyampahkan. Sudah cukup! Kuala Lumpur sudah sedia sesak. Satu kemalangan kecil di tepi jalan boleh membuatkan perjalanan bertambah 30minit hingga satu jam, apatah lagi apabila jalan tutup akibat perhimpunan??

Hari in semperna cuti umum Selangor, dengarnya nak berhimpun lagi di depan Parlimen. Nak menyerah memorandum untuk membantah persaraan Pengerusi SPR dari 65tahun ke 66tahun. Yang Pengerusi tu pun, bersara jelah. Apa nak kecoh kecoh. Tak puas lagi ke berada di atas takhta? Sepatutnya hari cuti Selangor, bermakna warga kerja wilayah persekutuan akan tenang di jalan raya. Tetapi tidak, jalan sesak teruk. Polis tutup jalan sana sini. Berapa banyak lagi demonstrasi yang nak di adakan?? Aku sudah cukup muak dengan kesesakan akibat jalan tutup dan demonstrasi.

Bagi pendemo, mungkin tulisan aku ni macam orang bodoh, kerana kamu berdemo untuk berjuang demi negara, ya....kamu datang berdemo sesekali dan kembali ke kediaman dengan penuh leisure maka betullah aku bodoh. Tetapi kalau setiap minggu ada sahaja demo di adakan, aku sudah cukup menyampah.

Oh aku juga cuba memasuki sistem itis. Nak melihat pemandangan jalan raya di tempat yang patut dilalui oleh pendemo hari ini. Sedang kamera-kamera di jalan lain semuanya berfungsi, kenapa pula kamera di Jalan Duta di tutup ya? Taknak masyarakat melihat drama secara langsung ke? Oh..juga aku benci pada sekatan jalan raya. Sekat sekat sekat. Jem tau dak? Jalan Bangsar menghala ke Pusat Bandaraya masih sesak sewaktu entry ini ditulis. Dengar-dengar ada roadblock di hadapan sana. Sudahlah dari Jalan Mahameru pun di tutup susur naik ke Parlimen pun ditutup. Oh Jalan Tangsi pun tutup juga.

Cuti-cuti ni, terperangkap dalam kesesakan amatlah tidak best. Rentikanlah niat nak shopping ya warga Selangor!
Posted by Picasa

Monday, December 10, 2007

Asian Idol

• Indonesian Idol - Mike Mohede, Season 2 Winner
• Indian Idol - Abhijeet Sawant, Season 1 Winner
• Malaysian Idol - Jaclyn Victor, Season 1 Winner

• Philippine Idol - Mau Marcelo, Season 1 Winner
• Singapore Idol - Hady Mirza, Season 2 Winner
• Vietnam Idol - Phương Vy, Season 1 Winner

Wah. meriah meriah. Aku sudah tengok Road to Asian Idol hari Sabtu lepas, memang semua yang terpilih hebat-hebat semuanya. Jadi tak heran kalau persaingan ini bakal mencipta sejarah tersendiri.

Apapun, aku sokong Jaclyn Victor..sebab aku suka dia. Tapi kalau dia kalah pun, aku taklah ralat sangat, kerana memang semua hebat-hebat!

Sila menonton Asian Idol secara langsung dari Jakarta , di 8TV on 15 December 2007 dan pengumuman pemenang ‘Asian Idol’ akan ditayangkan pada 16 December 2007 di saluran yang sama.

Sunday, December 09, 2007

Enchanted

Image Hosted by ImageShack.us

Entry ini di tulis untuk menyangkal tuduhan kayuria yang mengatakan aku berminat nak menjadi blog politik pula. Hahaha sungguh, aku cuma ulas apa yang aku tengok setiap hari. Maaflah kalau setiap hari aku disogokkan dengan berita-berita politik. Jadi aku mengulas sahajalah dari sisi kaca mata aku yang berwarna unggu ini. Sebab aku dah lama tak tengok wayang. Hahaha

Filem yang sungguh menghiburkan. Sangat-sangat menghiburkan. Ada wartawan yang makan bersama aku minggu lepas berkata, filem ini agak bosan. Ehem, aku malas nak dengar pendapat dia sedangkan ulasan nya dalam surat khabar pun seringkali tidak menepati standard, malah kadangkala menyebarkan spoiler cerita. Jadi aku minta dia diam dan teruskan dengan memakan nasi dalam pinggannya sahaja.

Enchanted mengisahkan Giselle dari dunia fantasi yang ditolak ke dalam perigi buta dan tercampak di tengah-tengah kota New York. Ya, maka kita akan melihat konflik masa sekarang yang mana masyarakatnya tidak percaya lagi kepada ‘happily ever after’. Haha.

Aku malas nak review panjang lebar, nanti tertulis spoiler pula, tetapi apa yang ingin aku cakapkan ialah Enchanted memang sebuah filem yang menarik. Agak kecewa apabila Disney mengumumkan ini adalah filem dongeng terakhir mereka. Oh, sungguh kecewa.

Pertembungan watak fantasi dan watak realitinya sungguh mencuit hati. Terutama Pip si chipmunk yang kehilangan suara di alam realiti. kita boleh melihat betapa naifnya Giselle dan Putera Edward yang baru bertemu sehari malah sudah mengakui mereka adalah pasangan sehati dan sejiwa. Dan ianya berubah apabila Giselle tercampak di alam realiti.

Oh, anda tidak tersilap panggung apabila dihidangkan dengan animasi kartun cerita fantasi selama 15minit pertama..

Pastikan anda menonton filem ini. Sungguh sungguh menghiburkan!

Thursday, December 06, 2007

Tabung Umi dilancarkan

Umi Azlim Mohamad Lazim, 24 kini ditahan di China setelah di dapati bersalah menyeludup heroin. Umi Azlim ditahan sejak 19 Januari lalu atas kesalahan membawa masuk heroin seberat 2,983 gram.Anak sulung daripada enam beradik itu dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-Undang Jenayah Guangzhou pada 15 Mei lalu setelah menjalani hukuman penjara kira-kira lima bulan.

Maka tabung Umi pun dilancarkan untuk membiayai kos guamannya.

Persoalannya perlu ke?

Di Malaysia sendiri menjatuhkan hukuman bunuh kepada pengedar dadah. Apa bezanya dengan kes Umi Azlim? Beginilah sikap gadis gadis muda sekarang. Sungguh otak letak kat kepala lutut. Ini satu lagi kes aniaya (kunun), ikut je cakap pakwe Uganda. Bukan tak berpelajaran, ada ijazah lagi.

Yang pelik, kenapa pihak immigresen kat pintu KLIA tak dapat kesan semasa perempuan ini berlepas keluar? Dahlah tu 30 perempuan Malaysia lain di tahan di luar negara selepas berlepas dari Malaysia bawa dadah?

Aku taknak menderma bagi tabung Umi, banyak lagi penyeludup dadah dalam Malaysia yang boleh aku dermakan untuk tabung mereka. Mekanismanya sama. Penyeludup dadah. Kalau tertangkap di Malaysia pun, boleh kena hukuman gantung sampai mati. Apa bezanya dengan tertangkap di China? Dan di hukum mati di China?

Usia Persaraan Pengerusi SPR dilanjutkan?

Kerajaan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) bagi meminda umur persaraan pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 tahun kepada 66 tahun dibawah Artikel 114(3).

Kenapa? Kenapa? Dah bersara wajib tu lepaskan sahajalah, nak meminda-minda pula. Tahulah tahun depan pilihanraya. Apa yang susah dengan pengerusi baru? Takut tak sekufu ke? Oh SPR bukan badan telus, sebab laman web SPR sendiri berakhir dengan .gov.my. Dan SPR bukan badan mandiri, SPR berada di bawah kerajaan. Jadi..fikir-fikir sendirilah.

Aku bukan pro mana-mana parti. Sekadar melihat dari kaca mata seorang yang masih atas tiang, tidak tahu mana satu yang patut aku terjun. Oh mungkin aku patut berada di atas tiang dan memilih untuk memerhati untuk selama-lamanya.

Wednesday, December 05, 2007

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai
Tinggal lagi Sembilan.

"Apa pasal kamu semua tinggalkan dia seorang diri ? Tidak ajak dia balik dengan kamu semua ?"

"Kami tidak larat hendak tunggu dia lagi, makcik. Dia asyik duduk bercakap-cakap, gelak-ketawa dengan orang-orang lelaki ... tiga empat orang "

"Dia yang suruh kami jalan dulu, makcik. Dia kata akan ikut kami kemudian. Kami ingat dia ikut di belakang kami."

"Kamu semua memang tidak boleh harap! Bila mahu pergi pandai pula ajak pergi beramai-ramai. Bila balik, tinggalkan anak aku seorang diri."

"Sudahlah mamanya. Jangan marahkan anak orang. Kita yang benarkan dia ikut pergi. Kalau kita tidak benarkan lainlah cerita."

"Sekarang sudah jadi macam ni, nanti siapa yang pelahap mahu kahwin dengan dia ? Jantan mana yang pelahap buat bini ?"

"Cepatlah. Kita kena buat report polis segera. Kita kena bawa dia ke hospital. Heh, kamu kenalkah budak-budak jantan yang buat kamu itu ?"

"Kenal abah. "

"Berapa orang ?"

"Empat."

"Kamu tahu nama-nama dia ? Tempat tinggal dia ?"

"Seorang saja, yang lain tidak tahu."

"Sudahlah abahnya! Mari cepat buat report ! "

"Huuuuu, dahsyat betul makcik tu. Anak dia yang gatal, miang macam ulat bulu bila tengok jantan, kita pula yang disalahkan! "

"Makcik tu tak nampakkah pakaian anak dia tu, sudahlah pakai skirt pendek nampak seluar dalam, pakai pula baju pendek dedah perut, tayang belakang. Bukan ada lengan baju, pakai tali sangkut di leher saja macam baju dalam!"

"Baju kita ini pun nampak pusat juga!"

"Sekurang-kurangnya kita pakai seluar jean. Pakai tudung. Nampak pusat pun tak berapa sangat."

9 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta seks - video lucah di apartmen
Satu sempat dicekup pencegah maksiat
Tinggal lagi lapan.

"Hah! Padan muka si Saman tu. Megah sangat anak perempuan dapat bekerja di kota! Jaja serata kampung anak jadi pegawai!"

"Pegawai kilang video lucah! Elok-elok duduk tolong ibu bapa buka kedai, mahu pergi cari kerja di kota. Konon mahu makan gaji."

"Aku hairan macam mana budak-budak tu boleh jadi tak waras macam tu. Tidak ada rasa malu aibkah buat kerja begitu! Ramai-ramai pulak tu, bukan seorang-seorang."

"Nak malu, nak aib ni, kalau ada ilmu agama. Kalau tidak ada ilmu agama, nak rasa malu nak rasa aib apa! Setakat Melayu setakat Islam saja tak jadi apa! Setan-Iblis jadi raja!!!"

"Agaknya emak bapak dia orang tu tidak peduli hukum agama."

"Janganlah salahkan emak bapak saja. Mereka kena cari belanja nak tanggung keluarga. Masakan ada masa hendak awasi anak-anak dua puluh empat jam ! Anak-anak yang sudah besar panjang, sepatutnya tahulah bawa diri. Ini tidak. Setiap hari duduk keliling dengan video lucah di mana-mana. Tv pun dua kali lima juga. Dua puluh empat jam duduk tayang benda-benda yang merasuk fikiran orang muda. Lepas itu duduk buat konsert pula sana-sini setiap masa. Mana ibu bapak terdaya hendak kawal semuanya!"

8 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Pergi ke konsert Jom Heboh
Satu hilang ikut jantan
Tinggal lagi tujuh.

"Macam mana ayahnya! Sudah lima hari dia tak balik-balik. Saya runsing sangat!"

"Hendak buat macam mana lagi. Kita dah buat report polis. Sudah masuk surat khabar. Dah tanya serata keluarga, serata daerah. Dah tanya kawan-kawan dia. Nak buat macam mana lagi ! Nak pergi redah di mana lagi !"

"Esok saya nak pergi jumpa bomoh , tentu bomoh tahu. "

"Jangan! Jangan buat kerja karut, tu. Silap haribulan, syirik !"

"Habis ?"

"Kita tunggu, kita tengok saja. Nanti kalau dia sedar langit itu tinggi, dia balik juga ke rumah."

7 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi GRO di Kelab Nilam
Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh
Tinggal lagi enam.

"Ya Tuhan ! Kenapalah mereka buat begini dengan anak aku! Dia seorang anak yang baik. Kuat kerja. Tiap bulan kirim duit ke rumah, bantu ibu bapa. Bantu adik-beradik sekolah! Sekarang siapa lagi yang akan bantu kami!"

"Dunia sekarang memang kejam, puan. Anak yang begitu baik pun boleh dikerjakan sampai begitu. Berapa sebulan dia kirim duit kepada puan?"

"Selalunya lima ratus sebulan. Kalau dekat raya, dia kirim sampai seribu. Katanya untuk beli kain baju raya adik-adik ."

"Dia kerja apa di KL, tu?"

"Katanya pegawai eksekutif syarikat ."

"Syarikat apa, puan?"

"Kalau tak silap syarikat import eksport. Katanya pangsapuri tempat dia tinggal tu bosnya yang bayar. Bosnya baik, selalu bagi bonus dua tiga bulan sekali."

"Oh?"

6 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta arak dan karaoke di kota
Satu terus jadi pelacur
Tinggal lagi lima.

"Hei anak bertuah! Kautengok jam berapa sekarang baru pulang, hah?"

"Baru jam 3.00 pagi lebih sikit. Apa pasal ayah bising-bising tengah malam buta begini?"

"Kaucakap ! Kau buat apa di luar sana tu, hah?"

"Duduk-duduk sembang dengan kawan-kawan di rumah Anis. Tengok video tak bolehkah? Masakan kena duduk terkelepuk di rumah dua puluh empat jam?"

"Sudahlah ayahnya. Budak tu baru balik. Penat. Biarkanlah dia berehat dulu. Esok bincanglah!"

"Awak pun satu. Suka sangat masuk sebelah anak. Entah dibuat apa-apa di luar tu. Nanti awak jangan pula hendak teriak-tangis! Awak tengok cara dia berpakaian, tu. Hari-hari tukar. Semua jenis yang mahal-mahal! Di mana dia kerobek duit membelinya? Awak tidak sedarkah? Itu, kereta yang dia bawa balik itu, kereta siapa?"

"Dia tu bekerja, bukan?"

"Kerja jadi pembantu kedai, masakan gajinya tiga empat ribu sebulan?"

5 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap
Tinggal lagi empat.

"Yang Berhormat ! Tolonglah anak saya ! Dia tidak bersalah. Yang Berhormat tentu ada konteks dengan Pesuruhjaya Tinggi Jamaica! Tolonglah hubungi dia bagi pihak kami. Kami tidak tahu hendak buat apa lagi untuk membebaskan anak kami."

"Saya bukan tidak mahu tolong. Perkara ini bukan perkara kecil ! Lagipun dia ditahan di Jamaica... ada bukti kukuh dadah itu ada dalam beg pakaian dia."

"Saya sudah kata dia tidak bersalah. Dia kena nyanya teman lelaki dia. Kalau boleh bawa kes itu ke negara ini, bagaimana? Tidak bolehkah?"

"Saya minta maaflah. Saya sudah kata hal ini bukan dalam bidang kuasa saya. Kita nantilah tengok dulu."

4 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bercinta dengan Mat Hitam Uganda
Satu sudah murtad hendak kahwin
Tinggal lagi tiga.

"Kau ajak aku teman kau ke Jabatan Pendaftaran ini kenapa, Masni?"

"Aku nak tukar nama dalam mykad. Lepas tu minta kebenaran buang perkataan Islam sama!"

"Kenapa ? Eh! Kau pakai rantai salib, Masni? Itukan lambang agama Kristian ?"

"Memang aku sudah masuk Kristian! Dia yang bagi rantai ini. Nama aku sekarang, Madeline."

"Haaaaaaaa ??? Ya, Allah ! Masni!!!"

Ya, lah. Aku hendak kahwin dengan dia. Dia tidak mahu masuk Islam. Jadi aku kenalah masuk agama dia, Kristian. Aku mahu buktikan kepada dia yang aku betul-betul cintakan dia. Sanggup seberangi lautan api! Sanggup minum racun tikus. Sanggup makan daging babi!"

"Astaghfirullah, Masni! Bagaimana dengan emak, ayah kau? Mereka tahukah?"

"Kalau mereka tahu pun bukan boleh buat apa-apa. Aku sudah lebih dua puluh dua tahun! Aku bukan jadi tanggungan mereka lagi!"

"Kau sudah habis fikirkah? Nanti teruklah emak ayah kau. Mana mereka hendak letak muka bila orang tahu anak mereka sudah murtad?"

"Aku cuma tukar agama saja. Aku bukan tukar ibu bapa! Mereka masih emak ayah aku. Lainlah kalau mereka tidak mahu aku jadi anak mereka lagi."

"Kalau mereka tidak mahu mengaku kau anak mereka bagaimana?"

"Tidak jadi apa-apa. Aku sudah ada dia. Orang yang paling aku cinta di dunia ini. Hendak buat apa lagi dengan orang lain!"

"Eh ! Eh ! Masni!!! Kau mahu belok ke mana, ni?"

"Aku terlajak. Simpang ke Jabatan Pendaftaran dah terlepas di belakang, tu."

Krrrrrrrreeeeeeeeooooookkkk!!! Bummmm!!!

"Woooiii ada kereta eksiden! Mari pergi tolong!"

"Wooohhh! Teruknya lori tu bagi! Sampai melayang pintu drebar!"

"Aku tengok kereta tu buat pusingan U, lori itu rempuh ! Tak sempat brake!"

"Ah, ada yang parah nampaknya. Satu lagi nampak okey ."

"Keluar dek ! Keluar dari kereta, boleh?"

"Bawa kawan saya keluar, dulu. Saya okey. Saya boleh keluar sendiri."

"Mari kita angkat dia ramai-ramai. Jaga kaki dia terkepit. Ah, dah patah. Pegang kepala. Oh, dahinya pecah. Hati-hati ! Ah, letak atas rumput di sini."

"Aaaarrrrgggg .. aaarrrrgggg.."

"Masni. Mas . Mas, mengucap ! mengucap Mas ."

"Aaarrrggg.. aaarrrggg .."

"Mengucap Mas, ikut saya, mengucap ... Laaa ilaaa haillallah.. Laaaa ilaaa haillallah ."

"Laaaa.. ilaaaa .."

"Kata, Laaa ilaaa haillallah Mas ! Kata, Laaa ila haillallah ."

"Laaa.. ilaaa.."

"Massss, sebut Laaa ilaaa haillallah, Massss ! Masss! sebut Laaa ilaaa haillallah."

"Dia sudah tidak ada lagi dek."

"Masss ! sebut Laaa ilaaa haillallah. Masss ! sebut ! "

"Dia dah tak ada, dek. Dah tak ada lagi !"

"Ah, Mas ! Mas, mengapa tidak sebut sampai habis, Masssss. Laaa ilaaa, tidak ada Tuhan, Massss ! Tidak ada Tuhan !"

"Sudah, dek ! Ada surat khabar dalam kereta, nak tutup dia ?"

"... Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." (Pimpinan al-Rahman, al-Baqarah ayat 217, hal.67)

"Menurut hukum feqah, orang lelaki yang murtad boleh dihukum bunuh dan orang perempuan pula boleh dipenjarakan " (Kamus Pengetahuan Islam, Haji Dasuki Ahmad, K/Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah, 1976, hal.238)

3 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Terjebak dengan kumpulan bohsia
Satu ditangkap bunuh bayinya
Tinggal lagi dua.

"Itulah perempuan yang buang bayi dia dekat tong sampah hari itu. Padan muka sudah kena tangkap."

"Buat kerja pandai. Hendak bertanggungjawab tak pandai. Kalau bagi pada orang lain apa salahnya. Ini dibungkus dalam beg plastik sampah, buang dekat tong sampah ."

"Dia ingat dia bijak ! CCTV dekat tong sampah itu lagi bijak rakam gambar muka dia."

"Eloklah kalau Majlis Perbandaran boleh pasang CCTV pada semua tempat buang sampah. Nanti senang hendak tangkap orang yang buang bayi."

2 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu
Satu mati eksiden ketika lumba haram
Tinggal lagi satu.

"Aku hairan sungguh. Macam tidak ada kerja lain dalam dunia ini hendak dibuatnya selain daripada berlumba haram macam ni. Betina pulak tu ! "

"Nak hairan apa, sudah jadi tren orang sekarang. Jadi Mat Rempit, jadi Minah Rempit ini glamor, tau tak?"

"Menyusahkan kerja kita saja. Nak tangkap bukan main susah lagi. Bila kena tangkap, senang-senang dibebaskan. Padan bila sudah ditangkap kenakan hukuman yang berat, jel sampai sepuluh tahun baru dia tahu! Setakat tahan lesen saja, jadi apa!"

"Buat semak dalam jel saja. Aku kata hantar ke pulau. Suruh duduk di situ sampai ke tua. Jangan benarkan balik ke kampung halaman lagi. Hidup pun bukan boleh beri manfaat apa-apa. Buat malu muka saja. Kata Melayu tapi ikut cara hidup orang Amerika. Kata Islam, tapi tak tahu dosa pahala!"

1 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Sangat-sangat susah hati
Termenung-menung seorang diri
Bagai ayam mabuk tahi
Rasa hidup sunyi sepi
Berkurung dalam bilik setiap hari
Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
Lalu terjun dari pangsapuri
Langsung diapun mati

"Janganlah kamu membunuh diri kamu /membunuh sesama orang Islam. Sesungguhnya Allah menyayangi kamu. Dan barangsiapa yang berbuat demikian secara menentang dan menganianyai diri, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka, dan hal yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (Pimpinan al-Rahman, an-Nisa, ayat 29-30, hal.155)

Puteri Lindungan Bulan, sebuah cerita lisan Kedah Tua tentang seorang puteri keramat yang jadi rebutan Kerajaan Acheh. Dikatakan pusaranya sentiasa terlindung oleh cahaya bulan.

BIODATA: Dr Fatimah Busu

PENGARANG veteran wanita ini mewarnai dunia sastera tanah air sejak 41 tahun lalu dan pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia (USM). Antara karyanya, Koleksi Cerpen Al-Isra (10 cerpen) membawa persoalan falsafah, politik, agama, unsur mitos dan lagenda dalam sastera Melayu tradisional dengan tanggapan baru. Kumpulan Cerpen Lambaian Tanah Hijau memuatkan 15 cerpen dengan tema kritik sosial dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Belanda, Tamil, Perancis, Mandarin, Jerman dan Vietnam. Kumpulan Puisi Apa Ada Di Sana (2003), Antologi

Cerpen Keajaiban Alam (2004) manakala novelnya, Ombak Bukan Biru (1977), Kepulangan (1980), Salam Maria (2004), The Missing Piece - Bahagian I (2005) dan The Missing Piece - Bahagian II (2006) turut mendapat perhatian pengkaji.

Tuesday, December 04, 2007

Ayu Ke Klinik



Selepas 2-3 hari Ayu cirit birit, dan hanya sedikit peningkatan selepas beli ubat di kedai makanan haiwan, aku memutuskan untuk membawa Ayu ke klinik. Berjumpa doktor. Ingat nak suntik vaksin sekali.


Ayu takut, terketar-ketar tapi doktor sangatlah baik. Melayan Ayu macam layan kanak-kanak. Di usapnya, dipeluknya. Tetapi Ayu masih lagi Ayu. Bukan Ayulah kalau tak ayu dan takut. Hanya kerana dia berada di tempat asing maka dia tidak lari menyembunyikan diri. Sebagai ganti, habis bahu aku dijadikannya tempat bersembunyi dan dipeluk erat.

Ayu kena suntik satu jarum. Aku ingat macam orang, samada suntik di bahu atau di punggung, tidak. Ayu di cucuk di di atas belakang. Bawah sikit dari leher. Tapi Ayu tidak meronta, macam tak perasan pun kena cucuk.

Oh..doktor bekalkan aku ubat seperti di atas. Antibiotik. Untuk makan selama 7 hari. Aduh, Ayu paling malas bab makan ubat. Dia akan buat mulut berbuih-buih seperti kena sawan setiap kali aku paksa dia telan ubat. Tidak hanya itu, dia akan meronta-ronta dan mencakar lengan. Dua kali sehari pula tu. Doakan Ayu tahan sahajalah. Ahad lepas, Ayu sampai berair mata apabila di paksa makan ubat.

Oh, dan aku rasa sedikit terperanjat (memang aku tak tahu pun), kedai makanan haiwan tidak ada lesen menjual ubat. Jadi kalau binatang kesayangan anda sakit, bawalah mereka terus berjumpa doktor.

Ayu, balik-balik sahaja terus tidur. Sepatutnya kata doktor, ubat yang dicucuk tidak membuatkan dia mengantuk, tetapi mungkin tekanan perasaan sewaktu datang berjumpa doktor itu yang membuatkan dia mengantuk. Oh...yang pasti, itu bukan tindakan luar kawal Ayu, setiap hari Ayu akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya 20jam untuk tidur. Ada ketikanya, jika tidak diganggu Ayu boleh tidur sehingga 8-9jam terus menerus.

Oh tak jadi suntik vaksin, kena tunggu Ayu sembuh sepenuhnya dulu




Posted by Picasa

Monday, December 03, 2007

HINDRAF, Janganlah Melampau

Kalau iya pun nak berkumpul di tengah bandar Kuala Lumpur, berkumpullah. Aku tiada sebarang bantahan. Lagipun yang berpanas, berhujan yang kena sembur gas pemedih mata bukan aku. Tetapi ua aku memang tidak bersetuju dengan kata-kata mereka yang kaum india di anak tirikan dari pembangunan. Entahlah, bagi aku, setiap orang berjaya atas usaha masing-masing. Kalau asyik mengharap bantuan, kita tak kemana.

Aku juga walaupun dalam mengeji tindakan yang bagi aku ‘tah hapa-hapa’ itu, terpana juga apabila memorandum yang dihantar kepada Perdana Menteri Britain yang diterjemah itu mengatakan kerajaan mengamalkan pembersihan etnik. Kalau iya pun nak membuat tuntutan membuta tuli, janganlah sampai temberang sambil tutup mata.

Kini ia sudah menjadi isu perkauman akibat pembohongan yang bagi aku tidak ada asasnya itu. Oh sebelum itu ditegaskan, aku bukan pro mana-mana parti di Malaysia ini. Mereka semua ada agenda tersembunyi dan membaca ke dua-dua belah pihak punya kenyataan boleh membuat aku pening lima-enam hari!

Apa maksud pembersihan etnik? Kerana sefahaman aku, ia adalah seperti yang dilakukan oleh puak Serbia kepada warga islam suatu ketika dahulu. Ia juga bermaksud seperti apa yang Israel lakukan kepada warga Palestin. Adakah begitu yang berlaku di Malaysia?? Adakah kaum-kaum lain seperti Melayu dan Cina pantang nampak pergerakan orang India dan akan segera pergi melemparkan bom? Menyembelih kepalanya? Lagi menyakitkan hati dikatakan extremist aka Pengganas Islam! Gila, Hindraf sudah melampau! Dalam masa meraih simpati antarabangsa, mereka sudah tidak tahu menjaga sensitiviti kaum lain, sehingga kalangan orang yang sebelum ini tidak peduli akan perisitiwa di Jalan Ampang menumpukan perhatian serta mencerca Hindraf.

Adakah mana-mana kuil yang telah dirobohkan oleh extremist Islam Malaysia? Ada ada? Berita yang dicanangkannya pun tidak benar. Apa ke gila orang Islam nak pergi robohkan kuil sedangkan dalam Islam sendiri dikehendaki menghormati kepercayaan orang lain. Bohonglah kata ada kuil yang dirobohkan disebabkan penghapusan etnik..

Kamu faham ke maksud penghapusan etnik? Ia bermakna orang India tidak bebas bergerak. Menjadi sasaran untuk dihapuskan. Tetapi yang aku tengok, mereka bebas lalu lalang, mengamalkan agama mereka..berniaga. Tidak pernah pula aku tengok sedang mereka berniaga di dalam kedai, tiba-tiba ada yang datang menembak kepalanya atas nama penghapusan etnik. Oh kalau penghapusan etnik berlaku, mustahil amat mustahil kamu semua boleh berarak beramai-ramai sampai jalan tutup di Jalan Ampang / Jalan Tun Razak itu. Oh nak berkumpul lagi? Berani berkumpul lagi? Yalah, kan ada penghapusan etnik...tak takut ke berkeliaran??? Ada patut ke digunakan perkataan penghapusan etnik?? Tolonglah jangan meraban HINDRAF! Takku maafkan pembohongan itu.

Jadi, kepada HINDRAF, janganlah melampau apabila membuat tuduhan. Aku tidak peduli kamu mohon warganegara British, pergilah mohon. Tapi jangan membuat tuduhan yang membuatkan orang-orang Islam Malaysia seolah kejam dan begitu hina.

Penumpang di belakang WAJIB pakai tali pinggang keledar

Beliau berkata berdasarkan kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) baru-baru ini, pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang tempat duduk belakang dapat mengurangkan risiko kecederaan jika berlaku kemalangan. Beliau berkata berdasarkan kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) baru-baru ini, pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang tempat duduk belakang dapat mengurangkan risiko kecederaan jika berlaku kemalangan.

Menurut Dr Radin Umar, kajian Miros menunjukkan 95 peratus kenderaan di negara ini sudah mempunyai tali pinggang keledar untuk penumpang tempat duduk belakang.

Erm..begitulah lebih kurang berita yang terpapar dalam akhbar pada hari sabtu, selepas malam nya di siarkan di televisyen. Aku tak tahu dari mana dia ambil statistic 95% kenderaan memang dilengkapi dengan tali pinggang kerana aku sebagai pengguna kancil memang tahu sangat, kancil aku hanya datang dengan tali pinggang belakang tanpa cangkuk. Adakah kancil termasuk dalam 5% yang tidak datang dengan kemudahan itu? Oh..statistik itu sangat tipu kerana aku yakin benar jumlah kancil di atas jalan raya pada hari ini bukan 5%.

Ada juga kancil yang terdahulu, langsung tidak datang dengan tali pinggang. Jadi perlukah penguatkuasaannya di lakukan pada Januari?? Bagilah sedikit masa untuk kereta-kereta yang belum dilengkapi dengan kemudahan ini untuk bersedia. (Kayalah tokei kedai aksesori lepas ni) Apapun, aku sokong penguatkuasaannya kerana ianya boleh mengurangkan risiko kecederaan jika berlaku kemalangan. Bukannya nak mengelakkan kemalangan. Sesiapa ada kefahaman tali pinggang keledar boleh mengelakkan kemalangan, sila naik tingkat 15, pakai tali pinggang keledar..seterusnya terjun. (apa aku melalut ni)

Dan aku juga tidak kisah sangat dengan penguatkuasaannya kerana dalam setahun hanya 5-6 kali sahaja kereta aku mempunyai penumpang belakang.


Oh, aku nak cadangkan bas pun wajar di kuat kuasakan pakai tali pinggang juga. Sekian.

Cermin Jangan Pandang Belakang



Bagitahu aku, ada sesiapa yang langsung tak gunakan cermin pandang belakang tak semasa memandu? Cermin yang amat penting. Boleh digunakan untuk touch up make up semasa di lampu isyarat. Eh.. bukan bukan...digunakan untuk melihat kenderaan di belakang anda. Kalau-kalau ada orang tengah sakit perut..mencucuk kereta anda minta jalan untuk ke tandas.


Pagi tadi, dalam perjalanan ke pejabat, di lampu isyarat LRT Abdullah Hukum, aku mengesan sebuah kereta vios yang eerrr entahlah. Tak guna cermin belakang kut? Dahla masuk menonong depan aku. Menyelit macam bawa motor. Motor pun ado cermin pandang belakang aka cermin sisi tau..


Posted by Picasa

Friday, November 30, 2007

Periuk Mawi

Image Hosted by ImageShack.us


Sungguh menjengkelkan. Sampai ke periuk, kau nak jadi model? Periuk pun nak ambil kau jadi model? Kalau tak lekat muka Mawi kat kotak periuk tu, tak laku ke periuk?? Memula aku macam berkenan, sebab satu set lengkap, murah pula tu. Boleh dibeli dan bagi hadiah kepada kawan-kawan yang naik pelamin semperna cuti sekolah ini.

Tetapi apabila terpandang kotaknya, bukan periuk yang menjadi model, tetapi muka penyanyi idaman anak-anak dara seMalaysia, maka aku putuskan...TIDAK. Muntah darah aku nak bawa kotak periuk bermodelkan Mawi ini.

Oh, aku tak suka Mawi! Kepada peminat-peminat Mawi yang berjumlah ratusan ribu, bolehlah berlari ke pasaraya berhampiran anda untuk mendapatkan periuk belanga cap Mawi ini.Cepat sebelum kehabisan, takut terpaksa tarik-tarik rambut pula untuk mendapatkan set periuk belanga terakhir kalau lambat.


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Kekejaman Kepada Binatang

Pasaraya yang satu ini mula mengorak langkah membesarkan lagi pasaraya besarnya dengan menjual binatang peliharaan. Tetapi pasaraya besar, sepatutnya kekal sebagai pasaraya besar. Janganlah menjual binatang. Dan diletakkan di tengah tengah laluan orang ramai. Memang ada amaran 'Jangan Sentuh' tapi siapa peduli? Bagi kanak-kanak, inilah masa untuk mencucuk dan menyentuh badan binatang-binatang itu. Sungguh mengalami tekanan dan terkejut sentiasa.

Oh lebih menambah kekejaman apabila 2 ekor burung dikurung di dalam sangkar yang maha sempit. Sekurang-kurangnya berilah mereka ruang untuk mengibarkan sayap, bertatih terbang. Mereka adalah burung, bukan hamster!


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Siapa Membazir Minyak Negara?

Setiap kali ura-ura harga minyak hendak dinaikkan, maka gegak gempitalah rakyat jelata. Iyalah, naik lima sen pun kesannya bukan pada kereta sahaja. Peniaga pun mula naikkan harga barang, pemborong juga, malah ayam KFC pun mula di kecilkan atas alasan yang sama. Maka orang-orang di atas pun sibuklah juga memberi amaran kepada peniaga, JANGAN MENAIKKAN HARGA BARANG. Amaran wajib setiap kali harga minyak naik. Amaran main-main setiap kali harga minyak naik. Ya, kalau tak main-main, takkanlah susu pekat naik dari RM2.10 kepada RM2.50 setin. Kalau tak main-main, takkan ayam naik sehingga RM6.00 sekilo dari RM5.40.

Lebih menjengkelkan apabila orang-orang atasan ini menyelar rakyat membazir minyak negara. Kononnya rakyat membazir subsidi negara. Rakyat masih tidak sedar dan menggunakan minyak petrol sewenang-wenangnya. Kereta makin bertambah. Proton resah apabila kereta tidak terjual. Apabila terjual sudah tentu jualan petrol juga meningkat.

Oh yang lebih menjengkelkan berulang-ulang kali orang-orang atasan yang berfikir menggunakan lutut ini menuduh rakyat membazir petrol. Sungguh menggunakan lutut apabila bersuara.

Kami, tidak memerlukan escot enam kenderaan di hadapan, dan enam kenderaan di belakang kami setiap kali menaiki kereta di jalan raya. Kami tidak memerlukan tambahan 2 buah motosikal polis di hadapan escot enam kenderaan di hadapan dan tambahan 2 buah motosikal polis belakang escot enam kenderaan di belakang. Jadi, untuk seorang manusia berjawatan tinggi ada sekurang-kurangnya 10 buah kereta / motor membazir petrol. Kiralah pula untuk berapa ramai manusia berjawatan tinggi membazir petrol?? Kalau yang itu tidak dikira membazir petrol pula kan?

Jadi, janganlah orang-orang atasan menuduh dan mengatakan rakyat membazir subsidi minyak. Sedangkan rakyat sedang bertungkus lumus untuk menjimatkan perbelanjaan mereka.

Thursday, November 29, 2007

Ibu Pejabat Imigresen (Bah Visa) Ada Penyakit Pekak?

Banyak nombor di link imigresen website telah aku dail berkali kali. Bukan sehari, bukan dua kali, bukan seminggu. Berkali kali berhari-hari. Banyak kali. Tetapi malangnya, telefon di Pejabat Imigresen Putrajaya hanyalah satu hiasan. Tidak berguna untuk mendapatkan sebarang maklumat. Sudahlah letaknya jauh di Putrajaya, untuk satu soalan mudah yang tidak memerlukan masa yang panjang, tidak ada orang di pejabat tersebut yang mempunyai telinga untuk menjawabnya.

Mungkin semua staffnya pekak atau bisu. Mungkin juga Pejabat Imigresen tidak mampu mengupah seorang tukang jawab telefon. Iyalah, lagikan bumbung pun boleh bocor..apalah sangat tidak menjawab telefon.

Talian helpline nya pun tidak boleh dipakai. Berdering tanpa dijawab. Beginikah ciri-ciri perkhidmatan yang cekap??? Oh maafkan bahasa aku yang sedap di baca ini.

4 Lebuhraya Tidak Mengalami Kenaikan Tol

Perlukah kita bergolek bergembira? Atau perlukah kita menangis tergolek-golek juga?? 4 lebuhraya tidak naik, disusuli dengan 6 lebuhraya yang akan naik dari 7 hingga ke 50%. Apa??? Lima puluh peratus??? Sebut betul betul lima puluh peratus????

Lebuhraya yang tidak mengalami kenaikan seperti PLUS, SPRINT, Jambatan Pulau Penang dan Lebuhraya Bertingkat Ampang Hulu Klang.

Heh, aku tak tau mengenai lebuhraya lain, tapi aku arif benar dengan Lebuhraya Bertingkat Ampang Hulu Kelang itu. Penuh sesak. Waktu pagi dan petang, rasanya lebih beribu kenderaan melaluinya. Bagi aku, yang selalunya masuk di Jalan Tun Razak, dan keluar di simpang Jelatek yang jaraknya tidak sampai 3 Kilometer, dan tolnya berharga RM1.50. Harga sekarang pun sudah jauh dari tidak berpatutan. Apatah lagi harga akan datang. Tambahan dengan jumlah kenderaan yang bertenggek nak membayar tol sehingga berderet-deret jumlahnya.

Oh, jangan bergembira dulu. Jangan, jangan. Pancingan undi ini sungguh baik. Sungguh bijak. Tapi kata-kata menteri pengangkutan yang sungguh kedengaran paling lawak ‘kalau Lebuhraya Seremban Port Dickson naik sampai seratus ringgit pun, orang tak kisah. Tak ada orang lalu’ Sungguh, aku tergelak dalam tangisan. Ya...betul. Aku dulu penduduk Port Dickson, dan selalunya kalau hendak ke Seremban, aku akan menggunakan laluan Rantau – Mambau. Jaraknya hampir sana, aliran trafiknya juga biasa sahaja. Tidak terkisah dengan kesesakan jalan raya. Tetapi, bagi warga KL yang pada hujung minggu ingin bersantai di Port Dickson, laluan mereka (kebanyakkannya tak tahu pun ada laluan alternatif) akan menggunakan laluan ini. Dan...lawak tersebut juga tidak kelakar, kerana jika tahu ianya tidak mendapat sambutan, kenapa diadakan pembinaannya????

Oh lagi satu sebab kenapa anda tidak boleh bergembira dengan ‘pengorbanan’ kerajaan yang sanggup membayar pampasan sebanyak RM344juta kepada pemegang konsesi. Ianya hanyalah jaminan untuk setahun. Setahun dan setahun sahaja. Mungkin tahun depan, kenaikkan ada yang mencapai sehingga entah berapa ratus peratus. Siapa boleh jangka kan??

Oh lagi satu sebab kenapa anda tidak boleh bergembira, siapa pemegang konsesi tersebut? Kenapa perjanjian dengan pemegang-pemegang konsesi menampakkan yang kerajaan perlu begitu patuh? Apa yang dijanjikan dalam kontrak dengan pemegang konsesi?

Berikut adalah kadar baru bagi lebuhraya-lebuhraya yang mengalami kenaikan. Source The Sun.


Image Hosted by ImageShack.us

Stesen Petrol Tak Selamat



Video di atas menunjukkan seorang ayah yang kurang prihatin akan keselamatan anaknya. Wow!Ok..now berbalik kepada cerita asal:

Image Hosted by ImageShack.us


KUALA LUMPUR: A 3-year-old who suffered 70 per cent burns on his body when a pump nozzle at a petrol station caught fire may need plastic surgery. The family of Muhammad Ikmal Imran Ahmad Nizam plans to file a suit against the petrol station for negligence.

Speaking at a press conference at the office of lawyer Karpal Singh yesterday, the boy's father, Ahmad Nizam Abd Rahman, said he did not expect a normal stop at the petrol station in Batang Kali on Oct 12 to turn awry.

Nizam said he and his family were going back to their hometown to celebrate Hari Raya when the incident happened.

"I was pumping petrol when the pump nozzle caught fire. Everything happened so fast. The next thing I knew Ikmal was on fire."
Nizam said he and his two other sons were also burnt by the flames but Ikmal was the most seriously injured.

He said he tried to put out the fire but there were no fire extinguishers. He found out later that the extinguishers were kept in the office.

Nizam rushed his children to a clinic and then to the Kuala Kubu Hospital where he and his two other sons received outpatient treatment while Ikmal was transferred to the intensive care unit of Selayang Hospital.

Nizam said Ikmal was badly traumatised by the incident.

"He cries whenever he sees fire on TV or a lighter."

Karpal said the family was taking action against the petrol station as it failed to provide safety measures.

Source: New Strait Times 29/11/2007

--------------------------------

Kesian betul. Selepas baca berita ini aku baru perasan, tak pernah nampak pula pemadam api di stesen minyak. Di simpan di dalam peti besi, di dalam pejabat buat apa?

Alangkan kita kena api sedikit dah pedih, tak mampu dibayangkan trauma si kecil ini.


Kepada mat-mat motor dan kereta yang bebal, buta tak boleh baca tanda amaran sekali, tolonglah...jangan hisap rokok di stesen minyak. Nyawa kamu melayang tak apa, sebab itu kesalahan kamu, radius nak meletup stesen minyak tu..tak terjangkau dek minda wei.

Wednesday, November 28, 2007

Foverer Young

Grey’s Anatomy: Oh. aku bukan nak buat sinopsis pasal Grey’s Anatomy episod ini. Tetapi episod yang ini betul betul membuka mata aku. Bukanlah aku jiwang karat intan diamond segala. Forever Young mengisahkan mengenai kemalangan bas sekolah. Seorang remaja perempuan yang menjadi cheerleader begitu bersungguh sungguh hendak membetulkan wajahnya kerana jika tidak, dunianya akan berakhir. Tambahan dengan kakinya dan punggungnya yang cedera. Bagi dia, jika tidak menyertai pasukan sorak dunianya sudah berakhir. Oh..ini bukan cerita yang membuat aku rasa karat.

Derek: Night, Bailey.
Bailey: Sit down.

Derek: What?

Bailey: Sit down!

Derek: You ok?

Bailey: What do you care? With your hair products and your perfect little face, perfect little life. What do you care how I am?

Derek: My perfect little life. Have you been paying attention at all?

Bailey: Yeah, I pay attention. I pay attention! I pay attention to people in all walks of life, all types. I notice people. I see people. It's guys like you who don't see people like me.

Derek: I don't see you?

Bailey: I'm not talking about you, Shepherd. Just guys like you. Who don't see girls like me. We don't exist for you. We exist to do your homework! We exist to build your ego up... I am a successful married mother. I am chief resident, I am CHIEF resident of a major metropolitan hospital! I am a surgeon, who saved his life today! And he still doesn't see me... I may as well still be that high school girl with the mushroom haircut and the coke bottle glasses and the band uniform. The girl who didn't get to go to homecoming dance cause it didn't even occur to him to ask me. All those late nights tutoring him, and it didn't even occur to him to ask?

Derek: Mmm. Band uniform. Really?

Bailey: Do I look like I wanna be mocked by you right now?

Derek: No, you don't. I'm just gonna say one thing. In high school, I was 110 pounds, and I hadn't yet figured out hair product, so I had a big afro. And, um, I had acne... and I too, wore a band uniform. Sax.

Bailey: Oboe.

Derek: I would have been honored to take a girl like you to homecoming.

Dr Bailey (well sesiapa yang ikut cerita ini tahu, Dr Bailey digelar nazi kerana ketegasannya) bertemu dengan rakan sekolahnya yang berada di atas bas itu. Aku lupa, pemandu bas kut. bernama Marcus. Memanggil Bailey sebagai Mandy (nama pertama Dr Bailey ialah Miranda. Dan kemudian Dr Bailey mula bertukar karektor menjadi minah gedik yang tak pernah aku nampak dalam karektor Dr Bailey sebelum ini. Mulanya ia kelakar. Ya..siapa sangka Dr Bailey yang tegas itu boleh menjadi gedik dan bagai remaja yang dilamun cinta. Sampai George pun tidak tahan melihat karenah itu. Siap kena sound dekat Dr Hahn (yang menggantikan tugas Dr Burke, ya Dr Burke sudah lari ya...). Semua paperwork yang sepatutnya diisi sendiri oleh Marcus, di isi oleh Dr Bailey.

Ya, Dr Bailey bercerita yang dia merupakan tutor untuk Marcus di zaman sekolahnya. Menolong menyiapkan kerja sekolah untuk pelbagai jenis mata pelajaran. Mereka hampir hampir ke prom night bersama. (eh prom night ke malam apa tah...ingatan jangka pendek lak aku)..

Marcus mengalami masalah jantung dan terpaksa di bedah, dan boleh lihat bagaimana Bailey lemah, tidak tahu nak buat apa. Tugas-tugas seperti menjahit luka Marcus sewaktu mula mula dimasukkan ke hospital pun, dia nak buat. Sepatutnya itu semua tugas intern sahaja.

Maka kita akan melihat Marcus seolah mempergunakan Bailey. George kata, ‘kamu sepatutnya masuk dan bagi ucapan panjang kepada Marcus’ Tetapi tidak, Bailey tidak melakukannya.

Ditunjukkan shift berakhir, dan Dr Shephard menegur Dr Bailey...good night Dr Bailey. Dan tiba tiba sahaja Dr Bailey mengarahkan Dr Shephard duduk. Seterusnya Dr Bailey memberi ucapan panjang (yang sepatutnya di tuturkan di hadapan Marcus) kepada Shephard. Bailey mula meraban (sehingga Shephard tak faham)..’its not about Dr Shephard, just listen to what I gonna say’. Dia meluahkan rasa tidak puas hati kepada Marcus. Mengenai date ke prom night, bukan hampir-hampir nak pergi bersama, Marcus tak nampak dia. Nampak sebagai seorang tukang buat kerja rumah, tetapi tidak nampak dia sebagai seorang perempuan untuk di ajak ke prom night. Dan Marcus selalu pergunakan dia, dan dia skit ada feeling la maybe untuk Marcus. sebab tu dia macam rela sahaja jadi orang yang buat segala-galanya.

Ada ramai yang macam tu, kalaupun bukan untuk cinta, sekurangnya hargai kekawan yang dah banyak bersusah payah untuk kita. Bukan take them for granted. Tempat mengadu masalah, tempat suruh buat kerja rumah, tempat jadi hamba tetapi pada masa yang sama, malu nak mengaku itu kawan kita. Malu nak mengaku mereka kawan yang baik.