Monday, November 20, 2006

DEATH NOTE Preview





Ini filem saya sendiri tengok, saya sendiri enjoy, saya sendiri ulas. Jujurnya, saya enjoy menonton filem ini.

Tiket dibeli online, dan tidak perlu pergi ke pawagam 45minit sebelum. Oh terlupa pula, saya jarang menonton wayang tanpa perancangan. Saya tidak suka beratur 40-50minit untuk membeli tiket sedangkan saya boleh menempah atau membeli dalam talian dan tanpa merasa apa-apa kesusahan.

Death Note ditonton di midvalley pada hari sabtu pukul 1.30petang 18 November 2006.

Kononnya wayang bermula pukul 1.30pm..cis GSC kau paksa aku menonton iklan-iklan bodoh kau sehingga 1.50pm. apa ni,kami menonton wayang di pawagam untuk mengelakkan iklan, kalau dah iklan sama panjang ngan menonton tv…cis..mmg merasa amat bengkek hati ini..udahlah di weekend tiket wayang lebih mahal seringgit dan apa yg kami dapat ialah lebih mahal dari biasa; lebih iklan dari biasa..

Ok..back to preview.

Ambil seat tengah-tengah, paling belakang.

Memula start cerita tunjuk kematian kematian beberapa orang jahat kemudian dalam ujan jatuh sebuah buku nota kaler itam bertulis ‘Death Note’.

Kisah pasal Light yang jumpa buku ‘Death Note’ yang terjatuh dalam hujan, (yg hebatnya walaupun jatuh dalam hujan, kawasan sekitar buku tu jatuh tak basah..even buku tu sendiri tak basah. (buku dimana kalau nama orang ditulis dalam tu, dia akan mati selepas 40saat namanya ditulis, dan kalau tidak diperincikan cara kematian, by default mati kena serangan sakit jantung.

Memula Light ni baik, dia tulis nama penjahat-penjahat sahaja dalam buku tu. So banyaklah kematian berlaku sehingga menimbulkan kekecohan kepada Negara Japan. Sesiapa yang pegang buku death note ni akan nampak tuan punya asal ‘death note’ tu. Namanya Ryuk. Ramping, walaupun pada awalnya mukanya amat menakutkan.dan semasa pertemuan pertama Light dan Ryuk, nampak mcm Ryuk ni garang, tapi sebenarnya Ryuk ni tak garangpun. Dia neutral. Yang lawak, Ryuk ni kiranya dewa kematian lah (remember, buku nota ‘Death Note’ tu buku dia)…Yang lawak paal Ryuk, dia cuma makan Epal.

Disebabkan kekecohanan yang sudah timbul di Japan, pasukan polis sudah mengupah seorang yang hanya dapat dihubugni melalui computer iaitu, L. L memang bijak, kiranya memang padanlah dia nak lawan dengan Light dari segi mental.

Akibat kecerdikan L, membuatkan Light jadi terdesak nak tutup / alihkan perhatian L dari dia. Dia terpaksa membunuh orang-orang yg bukan setakat penjenayah (masa ni aku dah nampak, niat dia mula dah menyeleweng dan dia sedikit demi sedikit sudah bertukar menjadi jahat). Habis semua ejen FBI dibunuhnya.

Light juga cerdik, dia tau ada camera dalam bilik dia..fuh…masa ni kelakar tengok Ryuk (yang orang lain tak nampak, even camera cannot detect him) duk menghentak2 kepala kat syiling rumah sebab nak makan epal tapi idak dipedulikan oleh Light kerana dia tau orang perhati dia.

L; penyiasat yang bekerjasama dengan polis pula amatlah kelakar. Aku yakin sesapa yang tak penah baca anime ‘Death Note’ takkan dapat agak yang L ini adalah budak muda yang lebih kurang sebaya Light. Dan L yang sungguh cerdik dan panjang akal ni…amatlah suka makan. He eat a lot.. makan aje kerjanya. Siap main2 dengan makanan..

In the end, masih tatau siapa yang jadi Kira (kira ni Light la..tapi dalam internet orang panggil kira, tapi tatau sapa kira).. dan Light yang sudah jahat ini, sudah bunuh aweknya demi kononnya to proof dia bukan Kira. Masa ni la dia memang sudah turn jadi evil devil..in the end dia merayu ayah dia yang juga ketua polis untuk masuk team pencari Kira untuk kononnya balas dendam pada Kira kerana menyebabkan kematian aweknya. L muncul dan kata; boleh masuk

AKu agak Light masuk kumpulan tu, untuk dapatkan nama L dan bunuh L sebab Death Note perlukan nama betul untuk mematikan orang.

Ending kat sini; kat japang dah ada Death Note Final..uhuhu tak sabar tunggu masuk Malaysia.

Yang kelakar: 1. Death Note – filem Japan. Tapi manual Death Note dalam bhasa omputih.
2. Lagu tema filem ini, juga dalam bahasa omputih; Dani Califonia by Red Hot Chilli Peppers
3. Ryuk dan epalnya
4. L dan makananya…


3 comments:

gepren said...

Wahahaah skim A jgk la mu nih!
Mmg lawok pon movie ni & aku pon tataw nak classify kan movie ni as a horror, thriller or funny. Sbb nak kata horror.. dok lgsung.. cuma mula2 jah konon rasa takut!

Huhu aku tak sabar aa pulak nk tgk Death Note Final.. huhu!

Tp time tgk movie ni.. aku rasa neutral beb.. huhu!

ezza erisa said...

kan best kan?
ihiks...tak sia2 aku goda mu suh tgk...wahahah..

gepren said...

Woi.. bile mu nok menghupdate blog mu ni? Pemaleh yg amat!