Friday, June 16, 2006

ATUK NENEK

ATUK NENEK

Memandangkan aku dah lama tak buat entry terpaksa la aku menulis sedikit supaya aku tidaklah nampak sangat malas nak mengemaskinikan blog aku yang sungguh tak ada apa langsung ni. Tak canggih cam blog mokcik deida yang siap ada ruangan chat, clock and etc.

Hari ni aku nak bercerita pasal atuk nenek. Oh bukan your grandma and grandpa ya..ini atuk nenek lain. Orang melayu selalu percaya akan atuk nenek ni. Kalau masuk hutan, jangan celupar, minta izin atuk nenek supaya tak tersesat. Dalam bahasa yang mudah atuk nenek ni kira makhluk halus lah. Aku ada cerita lawak pasal atuk nenek ni...

1. Kunci bilik hostel (cerita tak ngeri)

Masa kat kampus, masa ni tgh kecoh kata ada nampak perempuan bertanduk lalu kot tengah padang menyeberang antara asrama2 perempuan di waktu malam. Satu hari aku ke kuliah yang aku dah lupa (samada Perlembagaan Malaysia or Pengajian Terengganu). Kelas ni memang ramai yang ambil setiap sem. So di adakan di dewan kuliah utama (DKU). Tempat duduk DKU ni macam pawagam la. Menaik. So aku duduk di sebelah kawan aku si student account. Kebetulan dia pun ambil paper ni. Bersama kawan2 satu course yang lain

Aku letak kunci bilik aku dlm laci. Alih2 bila dah abih kelas, kunci tu tak ada. Tanya semua orang…masing2 buat muka tak bersalah dan kononnya tolong cari-cari sekali kunci tu. Aku keluarkan ayat yang best iaitu ‘Tak apalah kalau kunci ilang, aku rasa nenek bertanduk yang ambil, or kalau salah sorang dari korang yang ambil,..malam ni pukul 3am..nenek bertanduk dtg bilik korang..mintak kunci on behalf aku. Amacam berani?’ terus muka salah sorang tu berubah pucat dan pulangkan kunci aku..hheheheh tu la sapa suh main2 ngan aku…

2. Ubat gigi (pun tak seram, seram reserve no last)

Lepas grad, aku kena pergi balik ke kampus. Ambil test muet untuk apply ijazah. Tak ada MUET tak buleh apply ijazah ya. Kat mana ya aku tidor..oh kat surau kompleks habibah kot. Ke kompleks mana tah..mana2 je la.

Rupanya dalam kecoh2 nak gi kampus, aku lupa beli ubat gigi. Dapat kawan2 yang pergi untuk ujian pun sama gak spesis. Harapkan ubat gigi aku…sekali aku tak bawak..masing2 blurr tatau nak wat apa.

Waktu masuk bilik mandi merangkap toilet (satu tingkat hanya ada 2 toilet which is in total ada 6 bilik mandi lah). So aku nampakla ada student yang left diaorang punya barangan mandi kat bilik air. Hahaha….nasib baik!! Korang tau tak, apa yang sebut masa nak ambil sikit ubat gigi tuh. Nak minta ngan tuan, tatau la sapa punya. Ada 20bilik yg mengandungi 40student..gilo nak ketuk pintu kul 5am nak mintak ubat gigi. Sambil aku ambil ubat gigi tu sapu kat akunya berus. Aku kata ‘datuk nenek, cucu mintak ubat gigi skit….boleh kan’ hahahahaha

3. Menjadi ‘mek gyver’

Ha ini agak seram dan kelakar. Semasa aku part 4 pengajian diploma ku. Chewah.; aku telah diletakkan di paras 3 di asrama. Argh…paras tiga..naik tangga..kurus skit je rasenya. Ada la pulak kat paras dua tu budak part 2 rasanya. Nak jadi cerita budak ni selalu la lemah semangat, ada atuk nenek masuk dalam badan dia kot. Selalu ustaz akan datang..dan baca2 ayat Quran kat dia. Lepas tu baru ok. Di suatu malam yang tak berapa malam lagi, (aku rasa malam jumaat, sebab ustaz tu pergi ngajar kat masjid mana tah..tak dapat dtg) ada la kecoh-kecoh kata budak pompuan tu kena rasuk balik. Sebelum ni aku Cuma dengar dari beranda aku jer dia duk terjerit2. Kali ni eksyen..siap turun gi paras 2. tgk sendirik. Budak tu tgh gelak2 ngan pintu bilik dia terbuka. Gelak yang menyeramkanlah tentunye!!

Then dia halau rakan sebilik dia keluar, dia tutup pintu. Kunci dari dalam. Then ada la roommate dia cakap, dalam bilik tu ada pisau. Kang dia cederakan diri la pulak (ha pulak, ni sebab aku pantang ada benda tajam masa study dulu)

Dah..memasing gabra….iju (satu level ngan aku yang juga course mate aku) kata,…pakai paper clip la cuba buka pintu. Wah…terus aku dan iju jadi kiranya orang mastermind bebudak ni suh buka pintu. Tiba2 pulak iju ni tukang tgk je..aku lak yang kena buat. So secara logic nak buka pintu pakai paper clip kena la duk mencangkung then mata menumpu ke tombol pintu… tengah2 aku duk try cucuk2 tombol tu…pintu tu terbuka …rupanya minah yang sakit tu buka dari dalam. Ngan rambut mengerbang..sengih seram..then gelak seram jugak kea rah aku dan iju. Tak cukup tanah aku dan iju lari. Then aku lepak kat tangga, tiba2 dia jalan keluar..sambil tengok kitaorang…..dan gelak seram lagi…..time2 tu jugak ustaz dtg..nasib baik!! Huh!!....

Moral of the story; jangan la perasan nak jadi mcgyver kalau ilmu mengkopek pintu setakat mekgyver je…kekekeke

Masa tu seram la..skrg ingat2 balik kelakar…tgh2 duk cucuk pintu, orang tu bukak dan sengih seram…hahaha