Tuesday, May 02, 2006

PORT DICKSON dan segaris kenangan


Tajuknya macam tajuk sebuah novel melayu. Mungkin boleh, kalau ada penulis novel cerita melayu hendak menjadikannya tajuk novel pun. Haha. Sabtu lepas, aku turun ke Port Dickson, Negeri Sembilan selepas sembilan bulan kunjungan terakhir aku ke sana semasa menghadiri kenduri kahwin bekas rakan sekerja

Suatu masa dulu aku pernah bekerja di PD selama setahun..Dan peluang ke sana Sabtu lalu, membuatkan aku rasa sebak sebaik melalui lebuh raya PDS. (Port Dickson – Seremban). Saat kereta yang dipandu semakin menghampiri kawasan yang dinamakan PD, semakin terbayang-bayang kenangan lalu. OH PD, kau begitu bermakna dalam kenangan seorang aku!!

Jalan yang sama pernah aku lalui 3 tahun lalu, masih tidak berubah. Sayu hati ini. Segala kenangan bagaikan diulang tayang dalam kepala otak aku. Saat basah dalam hujan semasa balik dari pasar Malam di Batu 4, haha oh tidak dilupa saat ditackle oleh abang askar semasa jam – jam pertama menjejakkan kaki di stesen Bas PD.Haha Terima kasih PD, memberikan aku segala jenis macam kenangan. Setahun di PD, lebih bermakna dari 3tahun yang aku habiskan di Kuala Lumpur walaupun Kuala Lumpur ada segala-galanya. Tidak lengkap bercerita pasal Port Dickson jika tidak tertulis nama itik. Terima kasih PD kerana memberikan aku seorang kawan baik yang aku tak anggap sebagai kawan baik pun :P hahaha…itik, you are more than friend for me. You are my closest friend, saudara sampai bila-bila.

Aku ke pantai Seri Purnama, pantai kegemaran aku semasa di sana. Tak ramai yang tahu kewujudan pantai ini, sebab tu kurang pengunjung. Dibandingkan dengan pantai-pantai yang lain, Seri Purnama the best!!Berkelah dengan drummet goreng pedas,keropok keping, dan juga menu wajib berkelah iaitu mee goreng basah…aku, Fida dan Nur lepak2 santai ditepi pantai. Air makin surut! Orang makin tak ada. Tenang jiwa aku memandang keindahan laut yang terbentang luas. Jiwa kacau aku kian meninggalkan aku. Aduhai, jiwa yang kacau….kenapa aku rasa selamat dan tenteram bila aku berada di tempat yang penuh kenangan ini?

Balik dari berkelah, aku ke Pasir Panjang, jeng jeng jeng..ke Kolej Uniti. Tempat kerja lama ku. Pokok petai dan kisah hantu yang ber chit chat dengan aku terbayang kembali. Bilik server yang merupakan bilik kerja aku masih disitu. Nasib baik Rizal masih berada di pejabat. Lepak kejab borak dengan dia. Tentang perkembangan uniti sekarang. Aduh tak sangka aku akan menaip perkataan ni, ‘aku rindukan zaman berada di uniti semasa bersama itik’. Kalaulah ada time capsule, dan Ezza dari penghujung tahun 2002 datang ke masa ini, mesti dia gelak terguling-guling. Mesti dia akan bertanya, mengapa mesti aku merindui zaman penuh kesusahan tu? Hahaha Betul betul susah. Ada tikar getah sebidang je kat dalam rumah. Dua buah tilam, tidur pun kat ruang tamu sebab hanya ada satu kipas itu sahaja.

Kalaulah aku yang dah biasa hidup senang sikit sekarang ni, kembali ke zaman itu, tak pasti apakah aku akan boleh hidup tak dengan keadaan sebegitu semula? Oleh kerana itulah, aku amat-amat bersyukur dengan apa yang aku dah miliki sekarang. Mungkin tidaklah sesenang orang lain, tapi kalau dibandingkan dengan zaman permulaan dulu, hidup aku dah banyak berubah. Merantau bermula dengan dua buah beg, sekarang? Satu lori!! Apapun terima kasih itik, kita berjaya jadi kawan baik yang betul-betul ‘kacip’ (rapat) hahaha sebab kita hanya ada satu sama lain bila kita bermula.

Antara aku, itik dan Port Dickson…. Hanya kita yang memahami cerita ini. :D

1 comments:

itek said...

hehhee.lama sebenarnya aku tak baca blog ko ni..ingatkan tak update..sekali bukak ari ni.. mang aih..byk lak yg aku leh baca.. hehehee..
kenangan kt PD.. kalo ingat balik kisah kita dulu leh meleleh air mata... byk jerit perih kt situ yg ajar kita jadi seorg manusia..
susah2 pun kita leh idup je dlm serba kekurangan tuh..eppi lg...
skrg ni je ngengada sikit.. :D walaupun kita leh la dikategori semekin (ni istilah ko le ni)..