Friday, April 21, 2006

funny story to share;
Caller: Hello, is this the Help Line?
HelpLine: Yes, it is. How may I help you?
Caller: The cup holder on my PC is broken and I am within my warranty period. How do I go about getting that fixed?
HelpLine: I'm sorry, but did you say a cup holder?
Caller: Yes, it's attached to the front of my computer.
HelpLine: Please excuse me if I seem a bit stumped, it's because I am. Did you receive this as part of a promotional, at a trade show? How did you get this cup holder? Does it have any trademark on it?
Caller: It came with my computer, I don't know anything about a promotional. It just has '4X' on it.

At this point the HelpLine operator realized that the caller had been using the load drawer of the CD-ROM drive as a cup holder, and snapped it off the drive.
EDISI BLOG JIWA KACAU!
sudah dua-tiga hari rasanya tidak mengemaskini blog aku ini. bukanlah terlalu sibuk sehingga tiada masa, cuma tiada perasaan. orang kata manusia lebih baik ditimpa kayu balak dari ditimpa perasaan sebab orang yang ditimpa perasaan rasa lagi sakit ditimpa perasaan dari ditimba kayu balak.
lahabau..apa aku mengarut ni dollah? hahahahah
apa aku nak taip sebenarnya aaa? aku pun taktau..idea kering siot...sapa2 tlg ambikkan air..siram idea aku bagi basah balik. dah macam pokok bunga lak aku rasa. eh mana bahasa kebangsaan aku? lantak...aku jiwa kacau! mana boleh tulis bahasa skima racau sang khalifah?
aku rasa jiwa kacau ni berpunca dari novel tak cukup umur yang aku baca. novel budak2 remaja tapi aku yg tak berapa muda ni baca. dah la novel tu bersambung 5 siri. aku baru start baca siri yang ketiga. dah kacau bilau minda aku. tingat watak 'meow meow'. tapi meow meow sudah mati in the end kat siri 2. weh..kacau lagi! aku tulis kat sini macamlah orang lain tahu apa jenis story aku baca.
next week cuti 3 hari semperna hari buruh. mana mahu pergi aa? 3 hari tu
takkan nak lepak duk umah sahaja. balik kg bertunang ok jugak. eh wait a mins, nak bertunang ngan apa? kambing? hahahahah
kekacauan jiwa aku dah bertukar jadi version bengong....cuti dua hari kena habiskan baca novel jiwa kacau tuh..tak tenteram siot kehidupan aku terganggu camni..wakakakaka


Your truly madly,

Miss UnIdentifying Flying Soul

Monday, April 10, 2006

NEW BLOG AGAIN!!
Hi, I am starting a new blog AGAIN!!!

-------------------------------------------------------------------------------
Tidak tahu blog ini untuk kali ke berapa tapi setiap kali buat blog, aku tanamkan azam sekurang-kurannya blog aku akan dikemaskini setiap minggu tetapi selalunya tidak bertahan lama. Selalunya blog aku akan outdated hanya selepas dua tiga entry.

Blog ini aku tujukan khas kepada diri aku sendiri terutamanya, dan semua orang yang minat nak membaca blog dengan satu ingatan..siapapun kita, kita harus berusaha nikmati kehidupan. Samada kita bujang, berkahwin atau apa-apa status yang kita pegang..yang penting kita tahu menghargai kehidupan yang kita ada.

Dulu-dulu aku tahu, ramai juga yang masuk ke blog aku. Erm…untuk apa ya? Kali ni ..dengan blog ini, kalau boleh aku nak belajar menulis bahasa melayu yang betul. Memang aku berbangsa melayu, bertutur bahasa melayu tetapi sejak 5tahun kebelakangan ini, sejak aku tahu menggunakan bahasa ringkas, selalunya tulisan aku pun ringkas. Percaya atau tidak, kadangkala ejaan penuh pun sesuatu perkataan dah salah. Aku akan usahakan tulis dalam bahasa melayu dengan ejaan penuh serta dua tiga patah perkataan dalam bahasa inggeris yang aku tak tahu nak terjemahkan dalam bahasa melayu. Hahahah..

--------------------------------------------------------------------------------
Hujung minggu yang terisi!!!

07/04/2006 Jumaat masih hari bekerja bagi kebanyakkan orang Malaysia kecuali yang bekerja di Pantai Timur Semenanjung dan juga Kedah. Akupun masih lagi bekerja, walla, hari ni sibuknya boleh tahan. Minggu depan ada majlis keraian pejabat walaupun pejabat dah pindah ke Bangsar ni dah lebih 5 bulan…dalam erti kata lain setengah tahun tapi baru lah nak perkenalkan pejabat ini kepada rakan-rakan kerjasama serta pembekal-pembekal. Apapun, yang penat aku dan bos akulah. Ada kah logik pejabat yang berkeluasan 5000kaki persegi itu ditugaskan kepada kami berdua untuk kemas? Tapi mungkin juga bos besar rasa kami berdua ni memang pengemas orangnnya? Hahahaa mungkin juga bos rasa kami berdua yang paling senang dibuli barangkali?

Balik kerja, fikiran aku menerawang. Aku tak betah duduk dirumah. Dah hampir sebulan rasanya aku tidak keluar selepas balik kerja. Wah padanlah bila hari isnin isi minyak penuh satu tangki, hari jumaat masih berbaki separuh tangki. Amalkan..UBAH GAYA HIDUP ANDA :P

Aku ajak Nur dan Fida (rakan serumah kesayangan, ihiks) keluar. Entahlah…fikiran aku benar-benar kusut. Tak terluah. Aku harap keluar jalan-jalan boleh tenangkan sikit ikatan kekusutan dalam kepala otak aku ni. Aku ajak diaorang berdua ke JUSCO Wangsa Maju. Apa aku beli? Hehehe ini takleh tulis ni.. off record.

Balik layan survivor. Fikiran aku tambah kusut. Apa pula aku yang kusut fikiran ni? Aku pun tak tahu, entah apa yang aku fikirkan???



08/04/2006 Selepas Subuh, macam kebiasaan hari cuti, aku sambung tidur aku. Sampai pukul 10pagi. Dah tak mampu pejam mata. Aku pasang komputer. Layan lagu-lagu lama yang masih ada dalam cakera keras. Pagi pagi otak aku masih elok. Semalam punya kekusutan sudah tiada. Pukul 11.30pagi aku layan chibi maroka chan kat ntv7. Kartun ini adalah salah satu kartun kegemaran aku. Perangai si chibi ni betul-betul buat aku nak tergelak. Kemudian tengok cerita LOST. Orang lain tengok hari Isnin, aku tengok hari Sabtu sebab hari Isnin cerita LOST bertembung dengan satu lagi cerita yang aku suka iaitu Ghost Whisperer.

Pukul 2petang baru keluar makan. Aduh dah lama aku tak masak. Karang hilang pula kemahiran sedikit yang aku ada pasal dapur-dapur ini. Tapi tak apa, itikkan ada. Itikkan cikgu memasak ku. Hahaha…

Kemudian tengah makan kat semarak corner, Nur kata dia lupa nak tutup tingkap sliding kat dapur. Aduh..risau pula aku takut Ayu buat terjunan nekad. Walaupun niat asal nak ke Plaza Lowyat, aku rela patah balik dulu untuk pastikan keselamatan Ayu. Tiba kat kawasan bawah rumah, ternampak kereta si Fida. Aisey…minah ini sudah pulang dari bertemujanji rupanya. Sia-sia je patah balik. Hahaha..Akhirnya dengan Fida sekali aku ajak ke Plaza Lowyat. Bukit Bintang kesesakan. Tapi nasib baik aku tidak sangkut dalam kesesakan itu. Lepas beli webcam dan headset untuk pejabat, aku balik ke rumah sahaja. Tak berminat nak berjalan-jalan dengan kesesakan luar biasa disitu.

Balik rumah, buat ujian kat webcam dengan headset..dua-dua berfungsi dengan baik. Jadi tugas aku hari isnin nanti, Cuma muat turun perisian Skype sahaja. Bagus juga guna Skype untuk tele-persidangan sebab pakai TM punya facility untuk tele-persidangan untuk 2jam, 5 negara yang terlibat, bil yang diterima ialah RM1400. Wow…banyak tu. Bagi kat aku lagi bagus, boleh buat tukar tayar kereta yang dah menjelang kebotakkan tu.

Petang Nur dan Fida ke pasar malam yang terletak sekangkang kera dari rumah. Aku malas nak ikut, layan kartun Sin Chan sahaja.



9/04/2006 Enjoying your life!!! Pagi- pagi shuria hantar sms, katanya kalau nanti nak bertolak ..sms lah dia. Erm….niat asal nak basuh kereta tapi tengok suasana mendung, tarik selimut lagi menarik. Pukul 9.30pagi aku bangun, main-main dengan Ayu sebelum mandi. Aku janji Shuria nak sampai Brickfield pukul 10.00am tetapi terlewat 15minit sebab aku bertolak pukul 10.00 dari rumah.Tapi jalan langsung tak sesak, maklumlah hari minggu. Kalaulah hari kerja 15minit sahaja dah sampai ke pejabat kan bagus.

Jumpa Shuria dekat KFC Brickfield, pergi rumah sewa dia. Angkat barang, oh lupa nak sebut, Shuria adalah kawan satu kelas aku masa Diploma dulu. Dan hari ni dia pindah dari Brickfield ke Setiawangsa jadi aku jadikan kancil aku sebagai lori kecil angkat barang-barang dia. Hahah disebabkan dia baru bekerja sebulan di Kuala Lumpur ni, barang dia pun sikit sahaja dan aku siap-siap pesan dengan dia, ‘ko tunggula dua tahun kerja, barang ko akan jadi satu lori masa nak pindah’ Contoh terdekat masa aku pindah rumah sekarang dari rumah lama tahun lepas, satu lori muat-muat sahaja, semua barang aku.

Pukul 12pm dah balik rumah semula. Sepatutnya hari ini adalah hari memandikan Ayu tetapi aku betul-betul tak ada ‘mood’ Kalau rajin, hari selasa la kalau tak, minggu depan. Yang pasti sekarang mood aku betul-betul tak ada. Mood aku sekarang nak baring kat atas katil sahaja. Dahlah malam tadi aku tidur lambat. FIKIRAN AKU TERGANGGU!!!! Tapi yang kelakarnya, aku tak tahu sebab apa fikiran aku terganggu jadi aku tak boleh nak mengadu kat kawan-kawan. Dari hari jumaat, mungkin penat aku mengemas atau sebab ada penunggu kat pejabat aku kot. Hahaha dakyah betul.

Petang keluar rewang ke Giant Hulu Kelang dengan rakan serumah lagi. Petang ni betul-betul seronok. Enjoy!!!! Dari seksyen kasut ke seksyen baju, kitaorang jadi geng ‘serang dan selerakkan’ Hahaha pasti jurujual bengang. Aku bekenan dengan sehelai baju warna pink ni. Tapi seksi sangat. Aku takut kalau aku beli, aku tak pakai. Nur kata, pakai dengan tiub boleh, tak seksi sangat. Hahaha..tak apalah..lain kali…kalau ada lagi baju tu aku beli. Hari ni beli baju pink seksi untuk lepak kat rumah sahaja. Kesudahan, setiap dari kami berakhir dengan membeli baju. Tapi the most enjoyable moment adalahbila masa menyelerakkan baju yang dah jurujual tu lipat-lipat. Rasa macam zaman-zaman sekolah dulu je. SESEKALI JE. Hari ni hari bertanduk. Hahahaha

Balik rumah, rasa mengantuk….aku rasa nak tidur sekejab. Pukul 6 bangunlah….

Connection lost

Hahahah tak hilang lagi, tak boleh tidur..jantung dup dap dup dap. Layan Ayu sahaja.

Malam tengok televisyen…sampai pukul 12am. Rasa dah mengantuk. Masuk bilik tak boleh tidur. Lepak main komputer. Dekat pukul 1.30am masih tak mengantuk. Aku tak tahu pukul berapa aku tertidur. Tapi yang pasti pukul 3am mata aku masih terkebil-kebil. Apa masalah aku ni?